Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam telah dibaling telur oleh penunjuk perasaan dalam satu protes yang diadakan terhadap insiden tembakan pada 24 Januari lalu. Dalam insiden itu, lima warga Indonesia terlibat cuba diberkas pasukan APMM yang menyaksikan seorang daripadanya terbunuh.
Menurut Malaysiakini, hampir 100 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis kedutaan dengan sebahagian daripadanya memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan semasa kejadian di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu, Selangor.
Media Indonesia, Kompas.com dalam satu rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan tersebut telah membaling telur ke kedutaan dan mengenai lambang jata negara dan pintu depan kedutaan.
Massa melemparkan telur ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Senin (30/1/2025).
Aksi pelemparan telur ini merupakan bentuk protes pedemo atas penembakan pekerja migran Indonesia oleh aparat Malaysia di perairan Selangor.
Sumber: AP
Kreatif: Safira Nurulita
Produser: Reza… pic.twitter.com/X2vrmNl8tF— Kompas.com (@kompascom) January 30, 2025
Protes itu juga diadakan sehari selepas mayat lelaki yang terbunuh dalam kejadian itu dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Riau. Mangsa dikenal pasti sebagai warga asing berusia 50 tahun.
Artikel berkaitan: “Ditinggalkan di hospital” – Kejadian Temb*k Di Pantai Morib, 1 Maut 4 Cedera
Artikel berkaitan: Netizen Indonesia Kecam Tindakan Seorang Wanita Ajar Anak Kecil Pandu Kereta
PATI yang ditembak adalah kumpulan penyeludup migran?
Terdahulu, kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi itu terjadi apabila lelaki terbabit didakwa menggunakan bot untuk merempuh bot peronda APMM sebelum cuba menyerang anggota penguat kuasa menggunakan parang.
Menurut polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Perkara ini juga disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengatakan kumpulan PATI tersebut adalah kumpulan penyeludup migran.
Menurutnya lagi, semasa kejadian kumpulan itu dalam perjalanan proses keluar dari perairan ini selepas mengambil PATI.
Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Christina Aryani berkata, kerajaan Malaysia diminta menyiasat kejadian tembakan membabitkan pegawai Maritim Malaysia dengan lima rakyat berkenaan.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia, Judha Nugraha berkata, kedutaan Indonesia akan menghantar nota diplomatik untuk menggesa siasatan terhadap kejadian terbabit, lapor Channel News Asia.
Sumber: Malaysiakini, Sinar Harian