Bagi penduduk Puchong, kebanyakannya mesti tahu tentang penangkapan seekor buaya tembaga terbesar di Semenanjung Malaysia pada 24 Mac 1997 di Sri Aman, Puchong, Selangor. Buaya tersebut berjaya ditundukkan di kawasan yang merupakan bekas lombong.
Buaya tembaga yang digelar sebagai ‘Buaya Puchong’ itu adalah seberat 1.2 tan, 5.6 meter panjang dan 1.1 meter lebar!
Wow, dah macam berat lori.
Setelah 23 tahun, penduduk Puchong sekali lagi berjaya menundukkan seekor buaya tembaga sepanjang 3 meter di sebuah lombong berhampiran sebuah kondominium di Puchong Prima dengan bantuan anggota PERHILITAN Selangor.
Menurut Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, kelibat buaya tembaga sepanjang lebih 3 meter itu berulang kali dilihat penduduk sekitar Puchong Prima sejak Jun lalu
Buaya tembaga jantan itu dianggarkan sepanjang 3.34 meter
Lapor Harian Metro, laporan yang diterima daripada penduduk menyebabkan usaha giat dilakukan oleh jabatan PERHILITAN untuk menangkap reptilia ganas berkenaan.
Buaya tembaga berjaya ditangkap menggunakan jerat sembat
Buaya tersebut berjaya ditangkap oleh anggota PERHILITAN pada pukul 9 pagi, 3 Oktober dengan menggunakan kaedah jerat sembat.
Beberapa orang anggota PERHILITAN telah bertungkus lumus bagi membawa naik reptilia tersebut ke darat. Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa bertinggung beramai-ramai di atas buaya tersebut bagi memastikan buaya tersebut dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
Fuh, agak mencabar jugak nak tangkap ‘penunggu’ lombong ni.
Buaya tembaga seberat lebih 200 kilogram yang digelar sebagai ‘penunggu’ lombong itu telah dipindahkan ke lokasi lain dengan menggunakan pacuan empat roda kira-kira pukul 12 tengah hari.
Dibawa ke Paya Indah Wetlands
Datuk Abdul Kadir mengatakan bahawa buaya tersebut telah dipindahkan ke Paya Indah Wetlands yang berlokasi di Dengkil, Selangor. Organisasi tersebut diselenggarakan oleh pihak PERHILITAN sendiri.
Pemasangan cip dan pengukuran buaya tembaga itu juga dilakukan oleh pihak Paya Indah Wetlands sebelum reptilia berkenaan dilepaskan ke dalam padok kuarantin buaya.
Harap-harap buaya tersebut seronok la hidup di tempat baru.
Baca: “Macam mana boleh terlepas” ; Netizen Terkejut Nampak Buaya Hidup Luar IOI Puchong