Gara-gara sebuah kereta memotong laluan bertentangan, seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dalam kejadian kemalangan di Jalan Parit Sulong, Muar, Johor, semalam.
Kejadian itu yang dipercayai berlaku sekitar pukul 6.59 pagi pada Selasa, turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.
Menerusi video yang tular di media sosial, sebuah kereta berwarna putih dilihat sedang dipandu laju dan cuba untuk memotong di laluan bertentangan yang ketika itu turut dilalui mangsa.
Artikel berkaitan: “Kalau kena tahan, mesti mengaku pemegang kad…” – Netizen ‘Menyirap’ Lihat Myvi Lawan Arus Di Lane Kanan
Artikel berkaitan: “Semoga jadi pengajaran” – Netizen ‘Seriau’ Tengok Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan Di Iskandar Puteri
Namun, kenderaan itu dilihat gagal untuk mengelak dan kembali ke laluan asal lalu menyebabkannya terus merempuh mangsa.
Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa dan motosikal melambung dengan ketinggian hampir sama dengan tiang lampu.
Difahamkan, penunggang motosikal dikenali sebagai Riduan bin Abdullah itu dilaporkan telah meninggal dunia.
Dalam pada itu, melihat perkongsian foto di media sosial, kereta terbabit mengalami keremukan di bahagia hadapan sebelum terbabas ke dalam parit. Setakat ini, status pemandu kereta itu tidak dapat dipastikan.
Pemandu kereta putih ini adalah pembunuh sebenarnya……tapi itulah….caj bawah APJ yang hukumannya lemah…silap hari kena gantung lesen dengan bayar denda aje silap hari….
JOHOR 27/02/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Parit Sulong – Muar, pagi… pic.twitter.com/KJ9jXnmQDf
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 27, 2024
Berharap pemandu terbabit mendapat hukuman yang setimpal.
Sumber: X