in

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di Johor, Dikatakan Berpunca Dari Kereta Maserati Dipandu Warga Singapura Buat Pusingan U Haram

7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.6, Lebuhraya Link Kedua di Iskandar Puteri, Johor pada petang Jumaat lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu telah terlanggar besi pengadang jalan yang tercabut dan siasatan polis mendapati bahawa insiden itu terjadi kerana sebuah kereta Maserati merah telah membuat pusingan U atau U-turn haram di kawasan yang tidak dibenarkan.


6 2

Artikel berkaitan : Video Tular T*mbuk Pemandu Wanita, Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah

Artikel berkaitan : Keterangan Pemandu Kereta Yang Didakwa Langgar Wanita Hamil Sudah Diambil – Polis  

Kereta Maserati itu difahamkan telah dipandu oleh seorang lelaki warga Singapura. Susulan pusingan-U haram yang dilakukannya itu, kenderaan tersebut kemudiannya telah melanggar pembahagi jalan.

Akibatnya, besi pengadang jalan itu tercabut sebelum memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang menunggang motosikal kemudiannya datang dari arah bertentangan telah terlanggar besi tersebut kerana mangsa tidak sempat mengelak.

Orang awam yang berada di kawasan kejadian telah marah dan dalam video yang tular di media sosial, pemandu kereta Maserati itu telah diserang oleh orang awam.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.