Sejak semalam, tular sebuah video di X yang memaparkan sebuah kereta jenis BMW melanggar penunggang motosikal sehingga menyebabkan kematian.
Menurut laporan Sinar Harian, kereta tersebut dipandu oleh vokalis kumpulan rock 90-an, Kris. Alim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) pada Khamis lalu.
Artikel berkaitan: “Sesiapa yang tak suka dengan kedatangan kami, kami minta maaf” – Vokalis Coldplay
Artikel bekaitan: “Saya tak buat sesuka hati” – Dikecam Cover Lagu Tiara, Raffa Perjelas Dah Dapat Kebenaran
Vokalis Kris terlibat kemalangan, penunggang motor maut di Kuantan
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, kereta jenis BMW dipandu penyanyi tersebut dipercayai terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh Eddy Kusmiran Ambi, 61 sehingga meninggal dunia di tempat… pic.twitter.com/Z6Vx6hmhwO
— Yon (@Amrlamnnn) October 26, 2023
Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.45 pagi, kereta yang dipandunya itu berlanggar dengan Eddy Kusmiran Ambi yang merupakan penunggang motosikal dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun, ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memberitahu, penyanyi lagu Tiara itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba dari kiri ke laluannya di sebelah kanan.
Ekoran ekoran jarak terlalu dekat, vokalis Kris itu gagal mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut menyebabkan penunggangnya, seorang buruh binaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Susulan kejadian itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian