Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tentang sebuah video tentang penemuan ulat yang banyak dalam sebuah tangki air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pihak universiti terbabit kemudiannya telah tampil menjelaskan tentang perkara tersebut untuk menenangkan kegusaran orang ramai terutamanya pelajar dan ibu bapa mahasiswa pusat pengajian tinggi terbabit.
Menerusi Facebook rasmi UMS, pihak universiti telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di salah satu tangki air di salah sebuah kolej kediaman universiti itu iaitu Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae UMS.
Difahamkan juga, tangki yang tercemar itu mendapat air dari sumber air melalui sistem telaga tiub dan bukannya dari sumber air yang disalurkan dari Jabatan Air Negeri Sabah.
Untuk pengetahuan semua juga, sumber air yang menjadi sumber utama kegunaan harian para pelajar pula ialah dari Jabatan Air Negeri Sabah, jadi sumber air yang disalurkan dari Jabatan Air Negeri itu tidak terjejas.
Artikel Berkaitan: Sumber Air Penduduk Tercemar Lepas Pasangan Tuang Pewarna Biru Di Air Terjun Untuk ‘Gender Reveal’
Artikel Berkaitan: “Pintal buih jadi permaidani?” – [VIDEO] Wow! Rupanya Ini Fenomena Laut Biasa Berlaku Lepas Banjir
Pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS difahamkan telah mengarahkan kontraktor penyelenggeraan untuk mengosokan tangki air berkenaan dan sekali gus sentiasa memantau fasitili bangunan di IPT ittu agar kejadian sama tidak akan berulang demi menjaga keselamatan dan kesihatan mahasiswa dan mahasiswi di situ.
Sumber: Facebook UMS