Sekarang ni, aspek menjaga kereta sahaja tak cukup nak pastikan kita selamat, bahkan kalau diatas jalan kadang-kadang kita yang mengikut peraturan jalan raya ni pun boleh jadi ancaman.
Misalnya, satu kejadian baru-baru ini yang dikatakan berlaku di Jalan Changkat, KL dimana seorang wanita yang melintas jalan cuba nak scam pemandu dengan pura-pura kena langgar, padahal….Tengok video kat sini.
Buat-buat jatuh, lepas tu nak marah
Menerusi perkongsian Facebook NOODOU, kejadian itu dapat dilihat menerusi satu rakaman daripada dashcam, wanita berbaju kuning itu kelihatan berkelakuan pelik.
“Baru-baru ni, ada satu kejadian scam dekat Malaysia. Jadi, kalau nak elakkan daripada jadi mangsa, digalakkan semua pakai lah dashcam dekat kereta masing-masing.”
Kalau diperhatikan, kereta masih jauh lagi tapi wanita itu dah pura-pura jatuh kena langgar.
Dia kemudiannya bangun dan menuju ke kereta mangsa sebelum menendang keretanya dan berlalu pergi. Menurut WORLD OF BUZZ, ramai netizen selalu ternampak wanita itu di Jalan Changkat.
Selalu ada area sini – Netizen


Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan kemungkinan wanita ini kaki mabuk. Apapun, kita kena lah ambil langkah berjaga-jaga, seperti yang dikatakan tadi, pasang dashcam, ramai je pernah kena scam orang pura-pura jatuh dari motor lepas tu kena kejar, minta duit.