in

Pensyarah Offer Nak Jadi Sugar Daddy & Sanggup Bayar RM500 Sebulan Kalau Pelajar Ni Bagi ‘Servis’ Lain

https 2F2Fblueprint api production.s3.amazonaws.com2Fuploads2Fcard2Fimage2F5461422F61df95b9 a844 4161 82b8 3c107093ce33 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepatutnya tempat belajar adalah tempat yang selamat untuk pelajar. Tapi, lain ceritanya dengan remaja berusia 19 tahun ini.

Menurut Malaysiakini, pada 23 Jun lalu, seorang gadis menerima gangguan seksual oleh pensyarahnya sendiri di salah sebuah IPT di Terengganu.


Difahamkan, pensyarah ini mahu berjumpa dengan pelajar perempuan ini pada pukul 9 pagi. Bila tiba di bilik pensyarah, lelaki ini telah mengunci pintu dan cuba berbual dengan pelajar ini.

Tiba-tiba lecturer ni mula offer remaja ini RM500 sebulan untuk jadi sugar baby termasuk servis seksual seperti meramas payudara pelajar ini. Gatalnyaaa

04770384 webp.net compress image 3
Gambar Hiasan

Mangsa kemudian cuba membuat pelbagai alasan untuk keluar dari bilik pensyarahnya ini namun tak dibenarkan unless remaja ini janji yang dia akan datang semula keesokkan harinya.

“Dia bagi saya keluar dan minta saya untuk ambil gambar dengan dia. Tiba-tiba dia pegang bahu saya dan tarik saya sebelum cuba untuk cium bibir saya. Saya tolak dia dan keluar terus dari bilik tersebut.”

Keesokan harinya, pensyarah ini sekali lagi memanggil pelajar ini dan offer benda yang sama. Tengahari itu, pelajar ini pergi membuat laporan polis kerana risau kalau orang lain pun jadi mangsa sepertinya.

Pensyarah ini ditahan pada hari yang sama tapi dah dibebaskan dengan ikat jamin. Siasatan masih dijalankan.

Sepatutnya kita hormat pensyarah, tapi lelaki ni gunakan ‘kuasa’ dia untuk ambil kesempatan pulak. Harap-harap pihak universiti pun siasat perkara ni dan buat sesuatulah. Kesian student tu.

 

Baca: Kecoh Pensyarah UiTM Dengkil Kongk*k Student?

Screenshot 2019 07 09 at 12.10.17 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.