in

Penoreh Getah Terpaksa Pinjam RM120 Dari Orang Kampung Untuk Tengok Result 4 Flat STPM Anak Di Sekolah

ft penoreh getah pinjam duit anak dapat 4 flat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, semalam merupakan hari keputusan peperiksaan STPM keluar dan ramai ibu bapa yang mempunyai anak yang ambil tingkatan 6 merasa teruja untuk mengetahui keputusan tersebut.

Tidak seperti kebanyakan ibu bapa, penoreh getah, Jaliusih Madakol terpaksa meminjam wang untuk menghadiri pengumuman keputusan STPM anak perempuannya di sekolah dekat Kota Kinabalu, Sabah. Setiap sen yang dipinjamnya ternyata bernilai apabila anak perempuan Jaliusih, Arnie, 20, memperoleh purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 dalam keputusannya.


Arnie, seorang pelajar SMK Tun Fuad Stephens, adalah antara 75 pelajar yang dipuji Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan Sektor PPD) Sabah Mohd Zaini Yanin di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

Jaliusih berkata, dia melakukan bermacam-macam cara untuk memastikan Arnie, dirinya dan isteri dapat hadir meraikan kejayaan ini untuk keluarga.

Screenshot 2023 07 14 123828

“Saya hanya ada motosikal dan Proton Saga yang selalu rosak. Kereta saya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1990-an.”

“Paling jauh yang boleh dilalui ialah sehingga ke pekan Tamparuli, kira-kira 30 minit dari rumah kami,” katanya sambil menambah bahawa mereka terpaksa menyewa teksi dari rumah mereka ke tempat lokasi.

Menurut NST, Jaliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu di Tamparuli ini memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan. Tambang teksi pergi balik pula berharga RM120.

“Saya tiada pilihan lain selain meminjam wang daripada beberapa orang kampung semata-mata untuk memastikan kami berjaya sampai ke sini. Ia adalah satu detik yang menggembirakan.

“Tetapi apabila Arnie melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memandangkan dia bercita-cita menjadi seorang guru, kami sekeluarga perlu mendapatkan sokongan kewangan daripada saudara-mara yang lain,” katanya.

Arnie, anak ketiga daripada lima beradik, merupakan pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens yang mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM. Kolej Tingkatan 6 Tawau mencatatkan bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan tertinggi iaitu seramai lapan orang.

Di Sabah, 7,618 calon mendaftar untuk peperiksaan STPM tiga semester tahun lepas, tetapi hanya 7,001 yang mendudukinya.

Baca : SPM Dan STPM Ditunda Ke Februari & Mac 2021 – KPM

3spm

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.