in

Penjual Kereta Terkedu Individu Gaji RM3K Nak Pakai Mercedes

Syaz Ft 2024 10 11T150835.710

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada peribahasa Melayu berbunyi, ukur baju di badan sendiri berbuat sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

Terbaru, tular di aplikasi Threds di mana seorang penjual kereta meluahkan rasa hampa apabila seorang individu bertanya mengenai kereta.


Artikel berkaitan: Bekas Ahli Dedah Diperhambakan, Kerja Tanpa Gaji & Kena Tunggu Giliran Kalau Nak Jumpa Pasangan

Artikel berkaitan: “Repair apa bang? ” – Netizen Puji Cara ‘Lembut’ Abang Ni Tegur Pencuri Bateri Kereta

Namun, apa yang membuatkan penjual kereta itu terkdeu ialah individu berkenaan bergaji RM 3,000 tetapi ingin membeli secara pinjaman sebuah kereta Mercedes.

Menurut laporan New Straits Times, hantaran yang dikongsi oleh @umar_othmann itu menunjukkan perbincangan WhatsApp tersebut, individu itu difahamkan berminat dengan Mercedes berwarna putih berharga kira-kira RM312,000.

 

Post by @umar_othmann
View on Threads

 

“Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta bulanan lagi tinggi dari gaji dia. Inilah benda kau kena hadap dan control emosi bila jumpa orang macam ni,” tulisnya.

Keluhan penjual kereta itu mendapat perhatian netizen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan penjual kereta tersebut.

1 6

Setakat artikel ini ditulis hantaran itu sudah mendapat lebih 500 tanda suka serta 69 shares.

Sumber: New Straits Times, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.