in

Penjual Emas Hampir Ditipu, Wanita Cuba Beri Resit Palsu Beli Rantai RM6 Ribu!

Ft Tipu Beli Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui, transaksi pemindahan wang sekarang ini tersangatlah mudah, pantas dan serta merta. Disebabkan itu juga, ramai peniaga mula menawarkan kaedah pembayaran melalui pindahan wang atas talian atau online transfer.

Pun begitu, masih ada juga yang cuba membuat penipuan dengan alasan pindahan wang tersangkut, sedang dalam pemindahan dan sebagainya.


Itulah yang berlaku baru-baru ini di sebuah kedai emas di Kuala Kedah apabila seorang wanita cuba membeli seutas rantai berharga RM6,170 dan didakwa agak tergesa-gesa ketika berurusan.

437971407 10229898561399844 8071065367008747562 N

Menurut hantaran di Facebook, wanita berkenaan meminta nombor akaun bank kedai sebelum menunjukkan resit pindahan wang melalui telefonnya seakan-akan telah membuat pembayaran.

Namun, selepas memeriksa akaun banknya, penjual berkenaan dapati transaksi yang ditunjukkan pelaku tiada walaupun wanita berkenaan mengatakan dia membuat pemindahan segera dan selepas disoal beberapa kali, wanita berkenaan sebenarnya tidak melakukan pemindahan wang segera tetapi menetapkan supaya pemindahan tersebut berlaku keesokan hari.

438222071 10229898110988584 1928615061100008895 N

Disebabkan pembayaran atau pindahan wang tersebut tidak berjaya, peniaga emas itu enggan memberikan rantai berkenaan kepada pelaku sebelum duit diterima.

Wanita itu kemudian cuba melakukan helah dengan kononnya dia sedang membuat panggilan kepada pihak bank dan mendakwa duit yang dipindahkan tersebut akan ‘clear’ pada keesokan hari.

Pun begitu, penjual itu berjaya menghidu helah yang cuba dilakukan dan meminta wanita terbabit untuk datang selepas transaksi berjaya.

Artikel berkaitan : “Ada juga yang pakai cincin” – Doktor Gigi ‘Spill’ Mereka Boleh Tahu Jika Pesakit Pakai Susuk

Artikel berkaitan : Hati-Hati! Ini 5 ‘Scam’ Internet Yang Paling Banyak Memperdayakan Orang Di Seluruh Dunia

Namun, setibanya hari yang dinyatakan, wanita tersebut tidak membalas sebarang mesej yang dihantar dan duit yang dikatakan telah dipindahkan juga masih tiada mengesahkan bahawa dia cuba melakukan penipuan.

Pemilik kedai emas tersebut juga dalam masa yang sama mendakwa wanita tersebut giat melakukan helah yang sama di kedai lain dan meminta agar peniaga lain berhati-hati dengan helah tersebut.

Sumber : Facebook

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.