Baru-baru ini timbul isu perbalahan daripada pihak-pihak tertentu berhubung isu berkahtan untuk anak perempuan.
Menurut laporan Astro Awani, wakil kementerian menjelaskan bahawa amalan mengkhatankan anak perempuan adalah satu budaya, bahkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.
Dalam masa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Dr Suhazeli Abdullah tampil memberikan penjelasan telus berkenaan dengan isu ini, ia bukanlah satu budaya dan cara sunat di Malaysia yang tidak menzalimi wanita.
Kategori khitan wanita yang WHO nyatakan itu sudah terkeluar dari amalan tradisi negara Malaysia…Kami juga melarang teknik berkenaan diamalkan dalam negara kita.
![46298624 1994576950581618 4557667660694814720 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/46298624_1994576950581618_4557667660694814720_n.jpg)
KHITAN ANAK PEREMPUAN
.
Isu khitan anak perempuan dihangatkan semula sejak akhir-akhir ini. Perbahasan yang dikemukakan itu merujuk kepada definisi khitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membahagikan khitan kepada 4 kategori.[1] Potong Kemaluan Perempuan (Female Genital Mutilation) seperti yang digambarkan oleh WHO itu tidak sama dengan khitan alam melayu Islam di sekitar Nusantara ini. Tulisan ini merujuk kepada amalan khitan sekitar nusantara. Tiada satu standard khusus kaedah khitan yang pernah dicatat. Selain dari benua nusantara, khitan bayi perempuan ini banyak dilakukan dibeberapa negara muslim benua Afrika. Adakah kedua-kedua benua itu melakukan khitan bayi perempuan dengan kaedah yang sama?
.
Kategori khitan wanita yang WHO nyatakan itu sudah terkeluar dari amalan tradisi negara Malaysia sejak sekian kurun lamanya, di mana amalan tradisinya melukakan sedikit kelentit dengan jarum atau pisau khas. Ringkas sahaja tanpa perlu memotong keseluruhan kelentit, atau memotong kemaluan dalam (excision labia minora) atau kemaluan luar (infibulation labia majora) sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah tradisi arab Afrika. Amalan FGM itu agak keterlaluan sehingga menimbulkan fobia dikalangan anak gadis mereka. Kami juga melarang teknik berkenaan diamalkan dalam negara kita.
.
Hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis Khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat. Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila Engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, karena itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami.”[2]
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan.
Teknik khatan yang dijalankan di luar negara sebenarnya dah bercanggah. Di Malaysia, mereka akan lakukannya berlandaskan syariat Islam. Bahkan sudah termaktub mengikut Mazhab Syafei bahawa wajib bagi lelaki dan perempuan bersunat.
Untuk penjelasan yang lebih telus lagi, Dr Suhazeli Abdullah ada menghuraikan penjelasan-penjelasan kukuh termasuklah daripada mufti bahawa amalan sunat ini tidak menzalimi wanita langsung.
“Mufti Wilayah perseketuan pernah menulis dalam lawam rasmi beliau berkaitan isu ini. Kata beliau;
“Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.”
Urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis.. tidak boleh dilabelkan sebagai satu bentuk jenayah
![46301144 1994576953914951 5675780190534369280 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/46301144_1994576953914951_5675780190534369280_n.jpg)
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.
.
Akhir sekali beliau membuat penegasan:
“Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.
.
Satu temuramah oleh BFM radio bersama Prof Rafidah Hanim Mokhtar juga menegaskan bahawa amalan yang dilakukan di Malaysia berbeza dengan negara Afrika. Boleh dengar lanjut sidang radio tersebut.”
Sebagai seorang mukmin, kita mesti faham bahawa islam memudahkan bukan merumitkan. Jadi, memang mustahil untuk memudaratkan diri.
Baca : Orang Melayu Resah Bukan Islam Kuasai Perundangan – PAS