in

Peninju Wanita Itali Mohon Maaf Pada Imane Khalif

F3 Atlet Tinju Wanita Itali Angela Carina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kontroversi yang melanda peninju wanita dari Algeria iaitu Imane Khelif selepas peninju wanita dari Itali telah menarik diri daripada pertarungan melawan Imane Khalif ketika temasya sukan Olimpik 2024 di Paris.

Ini kerana Imane Khelif dikatakan mempunyai kromosom XY iaitu kromosom lelaki dan dia dituduh merupakan seorang transgender yang mengambil bahagian dalam acara sukan tinju kategori wanita.


5

Namun, untuk pengetahuan semua, Imane Khelif dilahirkan seorang perempuan dan dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan oleh keluarganya.

Tambahan pula, Imane Khelif merupakan atlet negara Algeria di mana negara tersebut tidak membenarkan mana-mana individu atau rakyat di negara itu menukar jantina mereka.

Artikel Berkaitan: Bimbang Hidung Patah, Petinju Wanita Itali Tarik Diri Lepas 46 Saat Bertarung Dengan Lawan Didakwa ‘Lelaki’

Artikel Berkaitan: Kenali Imani Khelif, Peninju Wanita ‘Berbadan’ Lelaki Yang Dilanda Kontroversi ‘Jantina’ Di Olimpik

Setelah perkara yang sebenar tentang jantina Imane Khelif dijelaskan kepada umum menerusi media-media, peninju wanita Itali tersebut iaitu Angela Carini mengatakan bahawa dia ingin memohon maaf kepada lawannya iaitu Imane Khelif selepas menarik diri ketika perlawanan mereka beberapa hari lalu.

6

Menurut Carini, kontroversi yang melanda mereka itu membuatnya sedih dan dia memohon maaf kepada lawannya.

Jika pihak jawatankuasa IOC membenarkannya untuk bertanding, saya hormat dengan keputusan tersebut,” katanya kepada media Itali.

Untuk pengetahuan semua, Imane telah dibenarkan untuk bertanding di Olimpik Paris oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pihak IOC sendiri telah tampil membela kuputusan mereka itu.

Carini turut mengatakan bahawa dia menyesal tidak bersalam dengan Khelif selepas perlawanan tersebut.

Atlet Itali berusia 25 tahun itu turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menarik diri dari perlawanan itu. Dia turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam perlawanan tersebut.

Menurut wakil pihak IOC, Imane Khelif telah dilahirkan sebagai seorang perempuan, didaftarkan sebagai seorang wanita, hidup sebagai seorang perempuan, bertinju sebagai seorang wanita dan turut mempunyai pasport yang menyatakan jantinanya adalah seorang wanita.

Untuk maklumat semua juga, Imane Khelif telah menyertai sukan Olimpik di Tokyo pada 2020 dan sebelum ini juga, dia pernah dikalahkan oleh sembilan atlet wanita lain dalam sukan tinju sebelum ini sepanjang kariernya.

Sumber: BBC

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.