Kalau dulu kita selalu dengar berita mengenai restoran yang mengecaj makanan dengan harga yang mahal dan tidak munasabah, namun pernah tak anda dengar akan kedai yang beri pelanggan tambah makanan secara percuma?
Haa mesti tak percaya kan? Restoran mana yang murah hati sangat tu… ikat tepi pun sekarang caj 30 sen tau!
Menurut NST, pasangan dari Marang, Terengganu ini ada menyediakan servis sebegitu dan membenarkan pelanggan mereka menambah makanan seberapa banyak yang mereka mahu secara percuma! Wow!
Tujuan pasangan Mohd Rizal Ghazali dan isterinya, Saadiah Abdul Aziz berbuat demikian adalah untuk membantu pelanggan mereka untuk dapat lebih banyak nilai dari wang yang mereka belanjakan.
“Semua makanan saya dicaj dengan harga yang berpatutan, kerana saya mahu menyediakan makanan buat mereka yang sedang menghadapi bebanan kos sara hidup yang kian meningkat ini,” kata Rizal.
“Tambahan makanan secara percuma ini adalah untuk memastikan setiap ringgit yang digunakan di kedai makan saya berbaloi. Kalau mereka ingin menambah, apa yang mereka perlu lakukan ialah menyerahkan pinggan atau mangkuk mereka kepada pekerja restoran yang bersedia untuk membantu.”
Restoran yang dinamakan, ‘Restoran Tambah Percuma’ ini menyediakan makanan seperti pasembor dan laksa Pulau Pinang yang bernilai RM3, dan nasi goreng ayam atau ikan yang berharga RM4 sepinggan.
Kesemua makanan ini boleh ditambah secara percuma, manakala bagi nasi goreng ayam atau ikan, hanya nasi goreng saja yang boleh ditambah.
Anda juga boleh menambah cendol yang berharga RM2 dan teh/teh ais biasa yang berharga RM1 secara PERCUMA! Waa inilah baru berbaloi-baloi!
Meskipun tambahan percuma ini bukan untuk semua jenis makanan di dalam menu, pun begitu bagi mereka yang ingin berjimat, ini adalah peluang yang terbaik.
Menurut Rizal juga, “Makan malam empat orang sekeluarga boleh mencecah sehingga RM50 di kedai makan saya, yang jauh lebih murah dari mana-mana kedai makanan segera di tempat lain.”
Hmm betul juga, kan!
Tahniah kepada peniaga restoran yang sangat inovatif dengan idea-idea baru untuk menarik pelanggan seperti ini. Semoga terus sukses!
Baca: Orang Ramai Sanggup Beratur Beli Nasi Lemak RM1 Demi Membantu Wanita Ini