Kita sedia maklum bahawa salah satu masalah yang rakyat Malaysia kena hadap adalah nak cari parking, tak kira lah dalam mall, lot kedai, kadang-kadang dekat rumah pun ruang terhad.
Jadi, ada kemungkinan kita naik angin bila nampak kosong tapi rupanya ada orang guna sebab itu adalah hak milik orang awam macam satu kes yang terjadi baru-baru ini.
Tak puas hati kena tegur berniaga atas parking.
Insiden itu dikongsikan menerusi Facebook Inforoadblock dimana berlaku satu pergelutan antara seorang lelaki dan wanita disebabkan kes tak puas hati sebab ditegur berniaga di parking lot.
Dalam video tersebut dilihat ada seorang wanita keluar dari kereta sebelum dikatakan ‘bertekak’ peniaga tersebut, dilihat ada 3 individu sedang berbincang sebelum salah seorang daripadanya tendang kotak. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada wanita melakukan aksi agresif disitu.
https://www.facebook.com/inforoablock/videos/511649976958935/
Kemudian, wanita yang dipercayai pemandu kereta tersebut menolak salah satu bakul jualan sebelum dia ditolak oleh seorang lelaki sampai jatuh ke lantai, lalu berlaku lah pergelutan.
Biarpun lokasi masih belum dikenal pasti, waktu kejadian dikatakan berlaku pada petang semalam dan video ini telah meraih perhatian netizen sehingga mendapat 2.6K jumlah tontonan dalam masa 4 jam ia dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi wanita (pemandu kereta) itu kerana tindakan peniaga itu adalah salah.
Padan muka – Netizen
Haih, harap kedua-dua pihak ni dapat lah berbincang dengan baik dan harap pada mereka yang berniaga pun pilihlah tempat yang sebetulnya.