Semalam, tular satu video luahan oleh seorang peniaga mengadu stok baju melayunya masih belum habis dijual walaupun dia sudah menurunkan harga.
Mengaku salah keluar modal banyak
Pada mulanya, dia mengaku salah tersilap langkah menyusun strategi ketika pertama kali memulakan bisnes baju melayu. Dia juga telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk modal namun sekarang masih ada 30,000 pasang baju melayu yang masih tidak terjual.
Aku gagal nak settle baju melayu aku semua tu. Sebab mungkin tamak daripada aku.. first time buat bisnes, aku nak fikir pun aku just keluar modal sekarang.. tapi yang terjual baru berapa belas ribu. Baki ada 30 ribu lagi. Aku tak tahu nak buat apa dengan baki tu.
Artikel berkaitan: “Rasa macam nak nangis” – Netizen Puji Mydin Sebab Jual Baju Melayu RM 5
Artikel berkaitan: “Auto jadi muka Malaysia” – Netizen Teruja Lihat Dai Syed ‘Promote’ Baju Melayu Di Mesir, Siap Bagi Orang ‘Try’
Dia menganggap semua yang terjadi ini adalah dugaan dalam berniaga mungkin disebabkan ramai pesaing yang menjual produk sama. Selain itu, dia juga terpaksa menurunkan harga produknya sedikit demi sedikit supaya dia dapat menghabiskan stok yang tinggal.
Nak kata mahal, aku rasa dah murah. Aku cuba follow brand lain tapi aku tahu aku takde nama. Aku turunkan harga RM159.. RM139.. RM129.. last sekali aku buat RM119. Bagi samping, butang, postage tapi orang tak nak juga beli.
Kesian mula-mula tapi..
Dia turut mengatakan ramai orang zaman sekarang lebih memilih jenama baju yang popular walaupun kualiti baju tidak setanding dengan harga yang mahal.
Orang sekarang lebih memilih jenama daripada harga dan kualiti.. maksudnya zaman sekarang kualiti tu dah takde erti dah.
@dakk.firman 30k item bukan benda yang sikit☺️ @Qhiam Clothing #fikirfikirkanmat #ashamat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚
Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Bagaimanapun, lelaki itu dikecam kerana menyalahkan orang lain yang tidak membeli baju melayu daripadanya.
Selain itu, netizen mengganggap mungkin caranya memasarkan produk itu tidak seperti jenama besar yang lain.
InsyaAllah ada rezeki tu bang..
Sumber: TikTok