in

Pengusaha Homestay Di Cameron Mengeluh Ramai Batal Tempahan, Takut Musim Hujan

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Kejadian menyayat hati ini dilaporkan berlaku atas faktor hujan lebat, dan 21 orang telah disahkan terkorban daripada keseluruhan 95 mangsa.

Terbaharu di Cameron Highland, pengusaha rumah inap desa di sini mengeluh apabila terpaksa berhadapan dengan dengan isu kekurangan dan pembatalan tempahan ekoran kebimbangan orang ramai mengenai musim hujan.


Leads 2

Menurut Pengerusi Homestay Kampung Taman Sedia, Mohammad Zulkepli Daud, kebiasaannya mereka akan menerima antara 6,000 hingga 7,000 pada hari-hari biasa. Namun, jumlah pengunjung berkurang hampir separuh apabila hanya mencatatkan sekitar 3,000 orang sebulan.

“Selain tengkujuh, faktor lain yang menyebabkan kekurangan pengunjung ialah Covid-19. Ge­rai-gerai dan inap desa terpaksa berdepan dengan isu ini.

“Ada antara pengusaha inap desa mengadu yang mereka berdepan dengan risiko pembatalan tempahan daripada pe­langgan yang bimbang sekiranya kawasan tempat tinggal mereka dilanda banjir,” jelasnya kepada sumber dalam satu kenyataan.

Sambung Zulkepli, meskipun kesemua 15 inap desa yang mempunyai 200 buah bilik telah habis ditempah, namun ia masih kosong kerana ada pelanggan yang membatalkan percutian mereka di situ atas sebab tertentu.

Download

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati ramai warga Malaysia yang turut membatalkan percutian mereka di tempat berisiko meskipun sudah membuat tempahan. Dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini, rakyat Malaysia dilihat lebih peka dengan keselamatan tempat penginapan.

“Saya pun dah batal bercuti ke Cameron minggu depan”, tulis seorang individu di ruangan komen.

Jaga keselamatan anda lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh ini!

Kredit: Kosmo

BACA: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Rupanya Syarikat Kendali Tapak Khemah Tiada Lesen

Page 1 1

Sumber: Kosmo
Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.