Gelandangan merupakan kelompok manusia yang kurang bernasib baik, yang tidak mempunyai penempatan untuk tinggal. Acap kali kita terlihat golongan ini berada di kawasan kota raya, terutamanya di lorong-lorong gelap. Difahamkan, punca mereka menjadi gelandangan adalah antaranya kerana diusir keluarga. Boleh dikatakan, nasib gelandangan ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semuanya bergantung pada ‘budi bicara’ orang awam.
Seperti baru-baru ini, terdapat seorang pengurus restoran yang bermurah hati telah memberikan selimut kepada gelandangan-gelandangan ini. Menurut Straits Times, pengurus tersebut, Francis Ng, 44, telah memulakan aktivitinya ini sejak minggu lepas. Setakat ini dia telah memberikan selimut pada gelandangan yang berada di Tiong Bahru, Redhill dan Toa Payoh.
Dia memaklumkan bahawa setakat ini dia telah memberikan sekurang-kurangnya 100 helai selimut pada gelandangan, dan setiap satunya berharga hampir mencecah RM40 sehelai. Woww mahal tuuu!
Dia turut memberitahu, golongan yang sering menarik perhatiannya adalah datang daripada mereka yang sudah tua. Kebanyakkan gelandangan ini hanya tidur di atas lantai yang hanya berlapikkan surat khabar, dan sekiranya mereka bernasib baik, mereka dapat tidur di atas kerusi-kerusi panjang yang ada di situ.
Sama seperti di Malaysia, Singapura turut mengalami penurunan suhu yang mendadak dek kerana hujan hampir setiap hari, yang berpunca daripada angin monsun.
Menurut Ng, pengurus di salah sebuah restoran makanan laut yang terletak di Punggol, ada antara gelondongan di situ yang menetap di tempat yang sama, berbanding dengan yang lain, yang sering berubah kawasan bagi mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa.
“Ada gelandangan yang bila saya beri selimut, dia terus tidur, tapi ada juga yang berborak dengan saya”
Ng juga turut berkongsi antara pengalamannya selama ini, dia ada bertemu dengan seorang lelaki tua berusia 61 tahun. Dia sudah menjadikan kawasan itu sebagai tempat tidurnya selama hampir 4 tahun. Juga di tempat yang sama, terdapat hampir 10 hingga 20 orang gelandangan yang sering tidur di situ. Dia yang menjadikan beg besar sebagai bantalnya turut berkata,
“Kalau tak ada selimut ni, saya mesti sejuk”
Ng harap dengan pemberiannya ini, sedikit sebukan dapat meringankan beban golongan-golongan ini.
Salute! Dengan berkongsi apa yang kita ada, itu lebih membahagiakan. Tak gitu?