in

Pengurus Pasukan Angkat Berat Letak Jawatan Selepas Dikritik Berkenaan Pencapaian Aniq Kasdan

Syaz Ft 2024 08 12T114217.660

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam berakhirnya acara sukan terbesar dunia iaitu sukan Olimpik yang diadakan di Paris, Perancis.

Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dan kedua-duanya dari kem badminton.


Salah seorang atlet kita yang hampir mendapat pingat gangsa iaitu Aniq Kasdan yang bertanding dalam angkat berat lelaki 61kg.

Artikel berkaitan: “Datuk angkat balak, cucu angkat besi” –  Tempat Ke-4 Acara Angkat Berat, Aniq Kasdan Warisi Kekuatan Datuk

Artikel berkaitan: Bekas Jurulatih Dakwa Pengurus Aniq Kasdan ‘Lebih Sudu Dari Kuah’, Punca Gagal Raih Pingat Gangsa

Cats 10

Terbaru, pengurus pasukan angkat berat, Amirul Hamizan mengumumkan perletakan jawatannya susulan kritikan terhadap Aniq Kasdan yang tidak dapat merangkul pingat gangsa dengan kekurangan 1kg sahaja.

Menurut laporan New Straits Times, Amirul mengumumkan peletakan jawatannya selepas pulang dari Paris dan menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat mengenai keputusannya sebelum Sukan Olimpik.

“Saya sudah hampir setahun menguruskan Aniq dan saya memberitahu Ayub saya mahu berehat. Ini juga membolehkan muka baharu mengendalikan pasukan kebangsaan,” katanya.

Keputusan Amirul dibuat susulan tuduhan jurulatih angkat berat negara, Sukri Anani yang menyalahkan Amirul atas kegagalan Aniq meraih pingat dalam acara tersebut.

Sukri mendakwa campur tangan Amirul dalam menentukan berat yang cuba dilakukan Aniq semasa pertandingan itu menyebabkan Malaysia gagal meraih pingat.

Dalam pada itu, Amirul mempertahankan strateginya sambil menjelaskan fokus mereka adalah untuk membatalkan ancaman pemenang pingat perak Thailand, Theerapong Silachai.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.