Walaupun acara sukan angkat berat yang menampilkan atlet kita sudah berakhir, namun nampaknya masih ada lagi perbincangan mengenai sukan tersebut di media sosial.
Menurut laporan sebelum ini, atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan telah tewas kepada atlet Amerika Syarikat dengan perbezaan mata 1kg sahaja, yang mana membuatkannya jatuh di tempat keempat dan gagal meraih sebarang pingat.
Artikel berkenaan: “Datuk angkat balak, cucu angkat besi” – Tempat Ke-4 Acara Angkat Berat, Aniq Kasdan Warisi Kekuatan Datuk
Artikel berkenaan: “Fahamkan nilai Olimpik” – Dikecam Sebab Bergambar Dengan Kunlavut, Ini Respon Hannah Yeoh
Bekas jurulatih salahkan pengurus Aniq Kasdan?
Susulan isu berkenaan, bekas jurulatih angkat berat, Sukri Anani telah menyalahkan pengurus pasukan angkat berat negara, Amirul Hamizan sebagai punca ‘badang negara’ gagal meraih pingat di Sukan Olimpik Paris, baru-baru ini.
Menurut Harian Metro, Sukri dalam postingnya di Facebook menyifatkan pengurus Aniq itu sebagai ‘lebih sudu dari kuah’ apabila menentukan jumlah bebanan Aniq, walaupun beliau seorang pengurus dan bukannya jurulatih.
Sebagai bekas jurulatih, apa yang saya nampak sepatutnya Aniq Kasdan wajib dapat gangsa dan sepatutnya dapat gangsa.
“Daripada angkatan 167 terus lompat ke 174. Nak kejar apa sebenarnya? Kalau snatch dah 130, clean and jerk sepatutnya jurulatih patut fikir ambil medal dahulu (gangsa) sama ada angkatan kedua 171kg atau 172kg.
“Itu masih ada harapan gangsa. Apa yang saya nampak di sini ada sedikit ‘kartun’ dalam team angkat berat ke Olimpik. Pengurus pasukan sepatutnya dipersalahkan. Lebih sudu daripada kuah. Ambil tugas jurulatih. Ini tidak profesional dan tidak menghormati peranan dan kepakaran jurulatih,” katanya.
Tambah Sukri lagi, pengurus juga sepatutnya duduk di tepi dan biarkan jurulatih yang menguruskan atlet. Baginya, jurulatih lebih arif dan kemungkinan ada taktik tersendiri buat Aniq.
Apabila diganggu manager, jurulatih tidak dapat buat seperti difikirkan mereka. Jurulatih sentiasa ada bersama atlet. Jurulatih tahu kelemahan dan kekuatan atlet mereka,” katanya lagi.
Terdahulu, dalam acara tersebut, Aniq berjaya menamatkan di tempat keempat dengan catatan rekod kebangsaan baharu iaitu angkatan keseluruhan 297kg, 1kg mengatasi rekod kebangsaannya.
Aniq ketika ditemubual berkata, meskipun dia kecewa kerana terlepas peluang meraih pingat gangsa, namun dia berazam untuk membawa pulang pingat empat tahun lagi untuk sukan olimpik yang akan datang.
Belum ada rezeki nak dapat pingat lagi. Mana tahu next olimpik dapat emas terus kan? Kita doa yang baik-baik buat Aniq ya.
Sumber: Facebook, Harian Metro