Bayangkan, korang tengah bergembira bersama keluarga di sebuah taman tema dan secara tiba-tiba korang dikurung dan tidak boleh keluar daripada kawasan tersebut. Panik kan?
Pengunjung terperangkap dalam Disneyland susulan ‘lockdown’ secara mengejut
Itulah apa yang berlaku baru-baru ini iaitu Shanghai Disney Resort secara tiba-tiba telah menghentikan operasi pada Isnin lalu sebagai langkah pencegahan Covid-19 dimana semua pengunjung tidak dibenarkan meninggalkan kawasan berkenaan selagi tidak menunjukkan keputusan negatif.
Menurut CNA, pihak taman tema itu akan menutup seluruh kawasan sekitarnya termasuk lorong beli-belah sehingga notis baharu dikeluarkan. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan Shanghai dimana orang ramai dihalang untuk keluar atau masuk dan semua pengunjung perlu menunggu keputusan ujian sebelum dibenarkan keluar.
Sebuah video juga telah tersebar di platform Weibo China yang memaparkan situasi panik yang berlaku di dalam Disneyland. Terlihat juga ramai yang hanya duduk bersila sambil menikmati mee segera di sana.
Walaubagaimanapun, taman tema tersebut masih dibuka pada waktu tersebut dan pengunjung masih boleh bebas berhibur sementara menunggu keputusan dikeluarkan oleh pihak kesihatan di sana.
Jurucakap Shanghai Disney Resort berkata resort itu masih beroperasi pada kawalan terhad dan mereka mengikuti langkah selaras dengan garis panduan daripada pihak berkuasa kesihatan China.
Shanghai melaporkan 10 kes penularan tempatan dan kesemuanya adalah individu tanpa gejala. Sebelum ini, taman itu juga pernah ditutup dua hari pada November tahun lalu dengan lebih 30,000 pengunjung terperangkap di dalam, selepas pihak berkuasa mengarahkan kesemua mereka diuji dalam latihan pengesanan kontak rapat.
Pehh dahsyat ye penguatkuasaan dekat sana…
Baca: [VIDEO] Viral Pekerja Kesihatan China Buat ‘Swab Test’ Covid-19 Dekat Haiwan & Hidupan Laut?