in

Pengunjung Dipenjara 2 Hari Sebab Bagi ‘Review’ Negatif Dekat Resort Di Thailand

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, para peniaga lebih gemar jika pelanggan mereka memberikan review yang jujur meskipun ayat-ayat yang diberikan adalah negatif dan boleh mencemarkan nama baik mereka.

Namun, lain pula yang terjadi di Thailand apabila seorang pungunjung hotel dikenakan penjara selama dua hari kerana memberi review yang teruk kepada sebuah pusat peranginan terkenal, Sea View Resort & Spa Koh Chang.


Https Prod.static9.Net

Https Prod.static9.Net 1

Https Prod.static9.Net 2

Semuanya bermula apabila seorang warga Amerika Syarikat, Wesley Barnes kurang senang dengan tindakan pihak Sea View Resort yang mengenakan caj penyediaan minuman keras.

1 14

Dia akhirnya meninggalkan komen negatif di aplikasi TripAdvisor dan menyeru orang ramai agar tidak datang ke resort ini kerana pekerja mereka yang tidak mesra pelanggan dan memberi servis yang teruk.

Berikut adalah komen Wesley Barnes yang menjadi punca dia dipenjara:

Us Man Faces Jail Over Negative Tripadvisor Review Of Thailand

Melihatkan isu ini, TripAdvisor memberikan amaran kepada Sea View Resort & Spa Koh Chang dan menyatakan bahawa pengunjung berhak untuk memberi pendapat peribadi mereka selepas menggunakan sesuatu servis.

Untuk rekod, negara Thailand mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang dikenakan saman fitnah. Pesalah boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun dan denda sebanyak RM37,700.

Buat peniaga di Malaysia yang sering mendapat review negatif daripada pelanggan, jangan pula penjarakan mereka lepas ni!

 

Sumber: 9News

 

BACA: Ahli Parlimen Thailand Kantoi Tengok Gambar Wanita ‘Topless’ Ketika Dalam Sidang Dewan

3 12

Sumber: 9News
Sumber: 9News
Sumber: 9News
Sumber: NationalPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.