in

Penghuni Rumah Flat ‘Renovate’ Tambah Pagar Batu, Siap Bagi Amaran Dekat Penduduk Lain

Flat Pagar Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita tinggal dalam sebuah komuniti, adab berjiran haruslah diutamakan. Jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa hormat-menghormati.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang penghuni rumah flat bertindak mengubah suai rumahnya yang terletak di tingkat bawah dengan menambah pagar batu sehingga ‘makan’ tapak parking.


https://www.tiktok.com/@norizabintihamin/video/7218348902993513734?lang=en&q=lupa%20duduk%20flat&t=1680848337273

Lebih menarik perhatian ialah, terdapat sekeping kadbod yang memberi kata-kata amaran agar tidak meletakkan kenderaan terlalu rapat dengan pagar tersebut kerana ada kemungkinan kereta akan tercalar.

“Mohon jarakkan kereta daripada pintu untuk elak calar. Terima kasih,” tulisnya.

Menurut sumber, difahamkan rakaman video tersebut melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri yang terletak di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Pemilik video berkenaan berkata papan tanda kadbod  ‘amaran’ itu merisaukan lagi penduduk setempat walaupun ia tempat letak kereta awam.

“Mungkin dia lupa dia duduk flat” 

Video berdurasi 26 saat itu menarik perhatian ramai netizen, rata-rata memberikan kecaman hebat kepada penghuni flat tersebut dan ada juga yang menyarankan pemilik video berkenaan untuk membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Cats 21

Hmm, hormatilah jiran korang. Jangan susahkan pulak…

Baca: [VIDEO] Penduduk Flat Sesuka Hati Pasang Gril Sampai Halang Laluan, Ramai Kata Bahaya Sebab...

Ft Rumah Flat Gril

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.