Baru-baru ini, ramai netizen di Twitter telah menyatakan soladiriti terhadap Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang Noor Jehan Abu Bakar selepas wanita ini dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat kerana membuat ciapan tentang VVIP yang lambat datang ke majlis.
Difahamkan pada 18 Julai lalu Noor Jehan telah mempersoalkan kelewatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke majlis anjuran Majlis Bandaraya Kuantan dan Tenaga Nasional Berhad.
Dikatakan, majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8 pagi itu telah dilewatkan selama dua jam gara-gara kelewatan tersebut.
Bercakap dengan Malaysiakini, Noor Jehan mengatakan yang dia telah pun memberikan keterangan semalam berhubung ciapan tersebut.
Saya difahamkan ada lebih dari satu (laporan polis) dan saya nampak satu daripadanya (dibuat) di Jaya Gading, Kuantan.
“Untuk proses rakaman keterangan hari ini, saya ditemani wakil dari Majlis Peguam Pahang, Hon Kai Peng.
“Mereka cuma tanya soalan mengenai tweet yang saya buat dan komen yang saya terima selepas tweet itu dibuat.”
Manakala Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohamad Zahari Wan Busu memaklumkan pihaknya telah menerima dua laporan polis terhadap Noor Jehan dan mengesahkan perkara ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komuniti dan Multimedia 1998.
Tengku Hassanal minta maaf datang lambat
Ekoran dari ini, menerusi Instagram peribadi, Tengku Hassanal telah kongsikan satu artikel mengenai aktivis yang disiasat itu dan meminta agar pihak polis tidak memperbesarkan isu ini.
Saya baru dapat tahu mengenai perkara ini, saya dah minta pihak polis untuk tidak mengganggu dia, tolong jangan nak buat drama.
“Dia kata saya lambat dua jam untuk event tersebut. Saya tak sihat pada pagi itu kerana baru sembuh dari demam panas.”
Tak cukup dengan itu, baginda juga turut memberikan permohonan maaf secara terbuka kepada Noor Jehan serta memberikan penjelasan atas kelewatannya pada majlis tersebut.
Ha Tengku Hassanal pun chill je. Siapa yang over buat report tu. Alhamdulillah semuanya baik-baik je.