in

Pengerusi Majelis Ulama Indonesia Tegur Ahmad Dhani, Guna Surah Al-Fatihah Untuk Intro Lagu

Ahmad Dhani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Seni, Budaya, dan Tamadun Islam, Jeje Zaenudin, menehur pemuzik lagenda Indonesia, Ahmad Dhani baru-baru ini.

Perkara ini susulan Ahmad Dhani menggunakan Surah Al-Fatihah dalam persembahan muzik semasa konsert Dewa.


Screenshot 2024 10 05 at 1.49.09 PM

Memetik laporan Jakarta Globe, menurut Jeje, perkara yang dilakukan oleh Ahmad Dhani itu melanggar norma syariah dalam seni yang menggunakan surah pertama dalam kitab suci al-Quran itu sebelum menyanyikan lagu “Kuldesak”.

“Saya syak niat awalnya baik, mahu membaca Surah Al-Fatihah,”

Tambah Jeje lagi, beliau amat kesali kerana latar, peristiwa dan cara bercanggah dengan martabat dan kesucian al-Quran. J

eje juga berkata, membaca Surah Al-Fatihah mengikut alunan lagu dan diiringi muzik boleh dianggap sebagai mencemarkan dan tidak menghormati kitab suci.

Artikel berkaitan: Banyak Buat Content, Ramai Mula Pertikai Niat Raffi Ahmad Tunaikan Haji

Artikel berkaitan: “Sama-sama pernah dipenjara” – Kapsyen Ahmad Dhani Bersama PMX Jadi Tumpuan Netizen

Video persembahan oleh @CakD3pp itu boleh dilihat di bawah.

Walaupun teguran MUI menunjukkan ketidaksetujuan akan perkara yang dilakukan oleh penyanyi itu, ia bagaimanapun tidak menyebabkan tindakan undang-undang rasmi terhadap Dhani.

Bagaimanapun, beliau tetap meminta Dhani agar memohon maaf atas perbuatannya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.