Pengawal peribadi yang menjadi mangsa tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) pagi tadi kini terpaksa ditidurkan.
Menurut laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Beliau berkata, mangsa kini kritikal selepas terkena satu das tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter.
“Saya dimaklumkan mangsa di ‘induced coma‘ (ditidurkan) sejurus keadaan kembali stabil dan pembedahan selanjutnya akan dijalankan ke atas pengawal peribadi itu.
“Suspek berkenaan tiada permit senjata api dan kita percaya dia memperoleh pistol berkenaan secara haram,” katanya.
Artikel berkaitan: Cuba Bunuh Bekas Isteri, Lelaki Lepas Tembakan Di KLIA 1
Artikel berkaitan: Kes Tembakan Di KLIA 1: Polis Minta Hafizul Harawi Serah Diri Secara Aman
Menurut PDRM, pihaknya mempercayai suspek telah mendapat senjata terbabit secara haram.
Selain itu, pihak PDRM turut mendedahkan nama suspek iaitu Hafizul Harawi serta mengeluarkan gambar untuk memudahkan orang awam untuk membuat laporan polis.
Dalam masa yang sama, pihak polis turut mendedahkan bahawa suspek pernah mengugut isteri mangsa sehingga wanita berkenaan membuat laporan polis pada tahun 2016 dan 2013.
Sumber: Harian Metro