Pengasas bersama program motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn Bhd (eHati) ditahan polis hari ini selepas memberikan keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Memetik sumber Berita Harian, peguam kepada Diyana Tahir dan Rahim Shukor iaitu Datuk M Reza Hassan mengesahkan perkara itu dan menyatakan anak guamnya ditahan oleh polis IPD Shah Alam.
Beliau berkata anak guamnya ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Artikel berkaitan: Pengasas eHati Tampil Tepis Dakwaan Tular Di Media Sosial, Dalam Proses Ambil Tindakan Undang-undang
Artikel berkaitan: “Ada yang end up cerai” – Bekas Pekerja & Suami Bekas Peserta Kongsi ‘Modus Operandi’ e-Hati
Sementara itu, menerusi sumber Kosmo! pula, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan tangkapan tersebut selepas dihubungi sebentar tadi.
Menurut kenyataan polis, maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas beberapa tindakan diambil.
Terdahulu, pasangan pengasas ini tampil mengeluarkan kenyataan hari ini, menafikan bahawa program yang dikendalikan mereka adalah terpesong seperti dakwaan tular di media sosial.
Berita lanjut menyusul…
Sumber: Berita Harian, Kosmo!