Satu khabar angin tersebar apabila ada pihak mendakwa bahawa Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah kini tidak bertegur sapa di penggambaran untuk menghabiskan saki baki penggambaran untuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang masih belum selesai.
Namun begitu, saat Harian Metro ingin mendapatkan pengesahan daripada pengarah drama tersebut, Osman Ali, beliau tidak mengetahui mengenai hal ini.
Dah tak berkomunikasi dengan mesra macam sebelum ini
Menurut Osman Ali, lokasi tersebut terletak di Langkawi dan beliau tiada di lokasi.
“Saya tiada di lokasi di Langkawi. Balik kampung sekejap. Pengarah bersama urus di sana. Saya tak tahu sebab berehat sekarang.”
Bagaimanapun, Osman Ali menyatakan bahawa drama tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada penonton namun begitu belum mendapat rating daripada stesen TV.
“Setakat ini, sambutan baik. Respon (maklum balas) dalam media sosial pun Alhamdulillah. Cuma, saya belum dapat rating dari TV3.”
“Mungkin ada penonton menyokong dan ada pula sebaliknya. Masing-masing berhak untuk memilih.”
“Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff tetap setia memberi sokongan dan menonton drama dengan tolak ke tepi sebarang isu.”
Sebelum ini, kontroversi yang membabitkan Aliff dan Sophia timbul berkenaan dengan isu ‘penyondol’ dalam rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah dan ianya tular di media sosial, sebelum drama disiarkan di slot Akasia TV3 sejak 6 Februari lalu.
Selain Aliff dan Sophia, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Jasmine Suraya Chin, Halim Radzi, Didi Astillah, Zaki Azeman dan ramai lagi.
Baca : “Tiba-tiba atas katil” – Drama Lakonan Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah Undang Kecaman Netizen