Tular di media sosial mengenai pengibaran bendera rejim Zionis pada sebuah bot ketika sebuah program di sungai Kelantan (Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza) baru-baru ini dan tindakan tersebut telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan warganet.
Terkini, pengarah program tersebut menerusi laporan Sinar Harian telah tampil menjelaskan bahawa pengibaran bendera Israel itu hanyalah sebagai gimik lakonan program untuk menggambarkan apa yang dilalui oleh aktivis-aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla baru-baru ini.
Mohd Khairul Hafiz Hassan selaku pengarah program anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu mengatakan pengibaran bendera pada bot itu hanyalah simulasi.
Selain itu, beliau turut mengatakan pihak pengurusan program itu tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana pihak lain.
Artikel berkaitan : “Saya pergi kerana anak saya” – Farah Lee Jawab Persoalan Kenapa Sertai Flotila Ke Gaza
Artikel berkaitan : 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin
Menurutnya lagi, sketsa atau gimik lakonan menggunakan bendera Israel itu juga untuk berkongsi dengan mereka yang hadir berkenaan kekejaman rejim Zionis itu.
Selain gimik tersebut, antara aktiviti lain yang dilakukan ketika program tersebut adalah bacaan doa Qunut Nazilah, adegan tembak-menembak, bendera itu dipijak-pijak sebaik sahaja lakonan selesai serta tentera Zionis mati.
Difahamkan, program itu telah dianjurkan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang bekerjasama dengan Komuniti Floating Market Sri Tanjung.
Sumber: Sinar Harian