Hari perkahwinan merupakan antara hari istimewa yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta kerana pada hari tersebut lah mereka akan disatukan. Namun, bukan mudah menjadi pengantin sebab ada banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum menjadi raja sehari.
Seperti seorang pengantin perempuan di India ini apabila dia terlelap seketika ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Video pengantin perempuan itu terlelap ketika sedang bersanding telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Pengantin Wanita Pengsan Lepas Histeria, MUA Terpaksa Solekkan Masa Tengah Tidur
Artikel Berkaitan: “Ingat tak penat ke” – [VIDEO] Pengantin Terlelap Atas Pelamin, Penat Bersanding & Uruskan Majlis Sendiri
Dalam video yang berdurasi selama beberapa saat itu, dapat dilihat pasangan pengantin tersebut lengkap berpakaian sedondon sambil duduk bersila.
Namun, pengantin perempuan yang wajahnya ditutup dengan sejenis kain pula dilihat telah menunduk sambil menongkat dagu, dipercayai telah terlelap seketika ketika majlis.
Pengantin lelaki kemudiannya telah tersenyum sambil mencuit lutut isterinya untuk mengejutkannya semula.
Tak lama kemudian, dapat dilihat pengantin perempuan telah terjaga semula dari tertidur dan dia juga membetulkan posisi duduknya.
Rata-rata warganet di ruangan komen memuji kecomelan pengantin perempuan yang terlelap seketika ketika majlis perkahwinannya.
Mungkin dia penat sangat uruskan majlis kot.