in

Penganggur Lempar ‘Molotov Cocktail’ Dekat Bank Di Sibu Sebab Wang Simpanan Berkurang

ft lempar molotov 1

Baru-baru ini, seorang penganggur ditahan reman bagi membantu siasatan bersama PDRM selepas dia didakwa melempar molotov cocktail ke arah sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor, Sibu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang berada di tempat kejadian melaporkan satu letupan kecil telah berlaku di luar premis itu pada pukul 9.40 malam.

Lempar molotov ke arah bank

bank 1

bank 2

Tambahnya, beberapa anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan serpihan kaca dan kain yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan perbuatan khianat itu.

Walaubagaimanapun, Zulkipli memberitahu, tindakan suspek itu hanya menyebabkan kerosakan kecil sahaja pada pintu kaca bank tersebut.

Suspek lelaki yang berusia 36 tahun ini berjaya dikenal pasti selepas rakam kamera litar tertutup (CCTV) diteliti dan suspek berjaya diberkas di sebuah rumah di Jalan Belian pada pukul 10.56 malam.

Rupanya sebab tak puas hati?

pixx 20230209 sibu tvs penganggur 800x440 1

Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan direman mulai hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan suspek bertindak sedemikian kerana dia berasa tidak puas hati dengan bank berkenaan kerana mendapati wang dalam akaunnya berkurangan.

Sumber: TheStar, TVS

Nasib baik pihak berkuasa laju ambil tindakan..

Baca : Cermin Kereta Guru Besar Dipecahkan, Wang Bantuan Persekolahan RM 100K Lesap

pecah kereta guru besar 1 561x295 1

Sumber: TVS