in

Penganggur Bakal Nikahi 2 Gadis Serentak, Ajak Tinggal Dengan Ibu Bapa Lepas Kahwin

penganggur kahwin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang penganggur berusia 23 tahun dari Palembang, Indonesia baru-baru tular di media sosial selepas dia mengaku bakal berkahwin dengan dua orang kekasihnya serentak dalam sebuah majlis yang bakal diadakan pada 21 Februari ini di Sumatera.

Menurut Kosmo, lelaki berkenaan bernama Rio Kartonis, manakala dua gadis yang bakal dinikahinya pula bernama Desi Lastari, 20, dan Suci Ramadani, 17, yang mana kedua-duanya juga tidak mempunyai pekerjaan.


Pria MUBA Bakal Nikahi Dua Wanita Sekaligus

Kata Rio, selepas melangsungkan perkahwinan dengan kedua-dua gadis tersebut, mereka bakal tinggal di rumah ibu bapanya.

Kisah Rio bertemu dua bakal isterinya

Kompas juga melaporkan, kisah percintaan Rio dengan dua gadis itu bermula apabila dia bertemu dengan ‘pacar’ pertamanya, Desi yang tinggal sekampung dengannya.

Saya pertama kali bertemu dengan Desi, masih satu kampung, lalu kami pacaran,” kata Rio.

Tak lama selepas itu, dia bertemu pula dengan Suci dan tertarik dengannya, lalu bercinta pula dengan gadis tersebut.

Cemburu itu pasti ada, apalagi yang pertama cemburu kalau saya punya pacar lagi,” kata Rio.

rio kartonis akan menikahi dua wanita sekaligus a

Menurut sumber, kisah mengenai Rio ini mula menjadi sebutan ramai apabila tularnya foto prewedding di media sosial.

Kata Rio lagi, dia sebelum ini pernah bekerja di sebuah restoran dan perkahwinan tersebut akan diuruskan oleh kedua ibu bapanya.

Dahsyat ye orang sekarang, menganggur pun boleh kahwin dua. 

Baca: “Kemas cara akak bersilat” – Suami Taubat Nak Kahwin Dua Lepas Isteri Guna Cara ‘Savage’ Sekolahkan Laki & GF

nikah

Sumber: Teras Jabar
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.