Penerjun negara, Ooi Tze Liang dilaporkan telah mengalami kecederaan pada kepala apabila terhantuk pada papan anjal ketika sedang beraksi dalam acara final papan anjal 3 meter lelaki pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia, semalam.
Memetik laporan Berita Harian, kejohanan terjun Terbuka Malaysia itu berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dan difahamkan, Tze Liang mengalami kecederaan itu ketika dia sedang membuat terjunan kedua.
Penerjun berusia 31 tahun itu mengalami luka dan berdarah namun segera ditarik keluar dari kolam oleh pihak anggota penyelamat (lifeguard).
Kepala Ooi Tze Liang terkena papan anjal ketika melakukan terjunan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia pic.twitter.com/yE5rtQrwU4
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 2, 2024
Artikel berkaitan: Tular Isu Lawak Lucah, Pandalela Rinong Turut Kongsi Pengalaman Pahit Bersama Bekas Jurulatih
Artikel Berkaitan: “Saya tak beri alasan pun” – Pandelela Kecewa Dengan Laporan Media Isu ‘Entiti’
Ketika ditarik keluar dari kolam, Tze Liang dilihat masih berada dalam keadaan sedar.
Dia kemudiannya telah dibawa keluar dengan tandu untuk dibawa ke hospital setelah diberikan rawatan kecemasan segera oleh pasukan perubatan.
Setiausaha Agung Renang Malaysia iaitu Andy Low mengatakan pihak mereka perlu menunggu laporan dari doktor tentang tahap kecederaan yang dialami oleh penerjun negara itu.
Rata-rata warganet di platform X mendoakan agar Tze Liang cepat sembuh dan semoga kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius.
Sumber: Berita Harian