in

Penerbit Gadis Jolobu The Movie Nak Saman ZhafVlog, Dakwa Buat Kritikan Mengaibkan

Zgha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan kita untuk memberi ulasan ataupun kritikan terhadap filem yang baru selesai ditonton. Kebanyakan daripada kita akan memberikan rating ataupun nilai tahap keseronokan filem tersebut dan dikongsi di media sosial.


Namun, berbeza pula apa yang terjadi oleh seorang pengulas filem yang bakal menghadap saman kerana dikatakan melontarkan kritikan yang terlalu mengaibkan.

ZhafVlog kritik filem Gadis Jolobu The Movie

Sebelum ini, pengulas filem itu telah memuat naik satu hantaran di Twitter berkenaan kritikan terhadap filem yang baru sahaja ditayangkan di pawagam iaitu Gadis Jolobu The Movie.

Dia menyifatkan karya filem tersebut sebagai ‘infinity sh*t’ dan mengkritik juga mengenai plot dan lawak lucah yang tidak memberi apa-apa nilai terhadap filem tersebut.

Mendapat perhatian penerbit, katanya nak saman ZhafVlog?

Hantaran tersebut mendapat perhatian semua kru produksi yang menjayakan filem tersebut termasuklah pengasas bersama Zebra Studio dan penerbit eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi.

Menurut BH, Dia meluahkan rasa kecewa terhadap kritikan tersebut dan telah rancang untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengulas filem, ZhafVlog tersebut.

Saraleana Nattaya Azmi 1659876706

“Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai, tidak lama lagi.”

Dia juga turut mempersoalkan kelayakan akademik pengulas filem tersebut dalam mengkritik filemnya yang baru sahaja ditayangkan di pawagam itu.

“Saya tidak tahu siapa dia ni? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem? Kalau dia ni ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.”

“Lontaran bahasanya bukan cerdik pandai sebagai pengkritik filem, jadi saya dan CL Hor juga mempunyai hak memepertahankan maruah dan karya dihasilkan.”

Nak ulas boleh, tapi guna bahasa yang sesuai

Penerbit filem tersebut sedar kewujudan platform media sosial ini membolehkan pengguna untuk bebas mengkritik apa-apapun yang dilihat oleh mereka tetapi ia seharusnya dilakukan dengan cara beradab dan menggunakan bahasa yang sesuai.

“Seharusnya, kritikan diberikan menggunakan bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, terutama penerbit yang mengeluarkan bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.”

Dia juga mendakwa kritikan pengulas filem tersebut itu adalah salah kerana apa yang ditulis itu berbaur fitnah dan hanya serangan peribadi semata-mata.

“Jika ada elemen lucah, seksi atau sebagainya, sudah tentu tidak melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF). Ia bermaksud tiada adegan lucah dalam filem ini.”

Filem dapat respon baik dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Saraleana bagaimanapun optimis selepas pihaknya menerima komen positif dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang mencemar duli menghadiri tayangan filem itu di GSC Pall Mall, pada hari Sabtu yang lepas.

Whatsapp Image 2022 08 08 At 10.41.33 Am

“Saya kelakar ulasan YouTuber ini, sedangkan kami tidak menerima komen negatif daripada Tuanku Muhriz dan kerabat diraja lain.”

Dia juga mengatakan bahawa majlis tayangan tersebut turut dihadiri ratusan penonton dari Negeri Sembilan.

“Malah, anakanda Tuanku Muhriz iaitu Tunku Zain Al Abidin menyatakan filem ini berbeza, mempunyai arah tuju dan tidak menyimpang elemen adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau.”

Penerbit tampil menjawab isu plagiat poster filem Hollywood

Lolol

Mengulas poster filem Gadis Jolobu seakan meniru poster filem komedi Amerika Syarikat, Neighbors 2: Sorority Rising, Saraleana berkata, ia juga satu proses kreatif, bukan berkaitan dengan hak cipta.

“Jika meniru, sudah pasti timbul masalah hak cipta, tetapi inikan industri kreatif.”

Dia juga turut menegaskan bahawa ramai pengarah yang mengambil inspirasi dari mana-mana filem ia bukan dianggap sebagai meniru.

“Kita juga tahu ada pengarah mengambil inspirasi dari filem lain, tetapi bukannya meniru.”

Bagi min, industri kreatif memang telah menjadi kebiasaan untuk mendapat kritikan tapi sebagai manusia juga, berbudi bahasa dalam percakapan juga amat penting sebab kita tak tahu orang rambut sama hitam, hati lain-lain kan?

Baca: Ini Antara 10 Filem Tempatan Yang Mendapat Kutipan Terendah Di Pawagam, Ada Yang Korang Dah Tonton?

Screenshot 2022 08 09 At 12.12.01 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.