in

Penduduk ‘Complaint’ Tingkap Pecah & Siling Rosak Gara-gara Latihan LIMA’25, MINDEF Akan Teliti Kes

tingkap pecah latihan lima langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam beberapa hari sahaja lagi akan berlangsung Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25). Jadi, ketika ini para pegawai yang terlibat akan melakukan beberapa sesi latihan sebelum menjelang acara dwi-tahunan tersebut.

Namun, tular aduan penduduk yang tinggal berdekatan lokasi tentang kerosakan rumah akibat latihan LIMA.


Memetik laporan Kosmo!, kira-kira lima buah rumah mengalami kerosakan pada tingkap dan siling rumah dipercayai akibat gegaran yang berpunca daripada latihan pertunjukan udara terbabit.

Artikel berkaitan: Tular Juruterbang Persis Pelakon Korea, ‘Oppa’ Black Eagle Diserbu Peminat

Artikel berkaitan: Kelakar! Intercom Bersahaja Dalam Kokpit TUDM Buat Orang Ramai Terhibur

Salah seorang mangsa mendakwa bumbung rumahnya sudah beberapa kali mengalami kerosakan kerana latihan LIMA dan ini kali pertama dia membuat laporan polis kerana tidak tahu sama ada boleh menuntut kerugian atau tidak.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di media sosial, dapat dilihat cermin tingkap rumah pecah dan beberapa siling berlubang serta retak.

@farr.nadzri

Bom rehearsal hari ni lain mcm smpai pecah tingkap siling rumah bagai . . ! ni gabungan rmh sy & rmh jiran sblh kebetulan abg sy @F U N F O R B R O N T . . #lima2025 #limalangkawi #pecahtingkap #fyp #foryoupage

♬ Meow number 16 – The kitten’s nose – AtilaKw

Beberapa pegawai yang datang ke rumah penduduk untuk melihat kerosakan itu menyarankan agar penduduk membuka tingkap rumah dan kereta semasa acara berlangsung bagi mengelakkan kerosakan berulang.

@aneplgk

Kasi share & viral satu kali ? Solution dia bukak tingkap dan kereta ? & Masih nak buat y LAGI KUAT ?? Practice pon dah jd mcm ni . Takdak solution ! Kita kasi viral ! #eventLIMApalingmenyusahkan #Kasiviral #LIMA25

♬ original sound – aneplgk – aneplgk

 

MINDEF akan teliti kes

Susulan aduan tersebut, Kementerian Pertahanan akan meneliti laporan kes kerosakan terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak akan mengabaikan perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Perkara itu kita akan tengok dan tidak akan abaikan. Ia sepatutnya tidak ada apa-apa tetapi mungkin (atas sebab tertentu), tak apa nanti kita kaji.

“Ada masa-masanya mungkin ada kesan,” katanya.

Harap penduduk mendapat pampasan yang sewajarnya…

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.