Penduduk di sebuah kampung di Pekalongan, Indonesia dikejutkan dengan kemunculan misteri sumber air dari tanah sekitar kawasan perumahan tersebut sejak awal pagi Ahad lalu.
Kemunculan air misteri itu membuatkan beberapa penduduk menganggap ia sebagai fenomena ajaib yang membawa rahmat.
Penduduk menganggap ia sesuatu perkara yang pelik kerana sebelum ini tidak pernah terdapat sebarang sumber mata air di kawasan itu malah air yang keluar adalah jernih dan tidak berbau.
Artikel berkaitan: 200kg Daging Belum Siap Masak Licin Dalam 15 Minit
Artikel berkaitan: Netizen Dakwa Aisar Khaled Buat Muka Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Indonesia?
Menerusi video tular di media sosial, penduduk dilihat berkerumun di lokasi mata air sambil masing-masing membawa bekas penyimpan air.
Penduduk berkata, air tersebut dipercayai mempunyai khasiat dan boleh dibuat sebagai penawar penyakit.
Ia susulan ada seorang penduduk yang dikenali sebagai Darno, 69, mengaku kakinya pulih selepas minum air berkenaan.
“Saya datang pagi-pagi, sudah ramai orang. Kaki saya sakit, macam kejang. Itu sebab saya tertarik ke sini. Saya minum, alhamdulillah sudah baik,” katanya.
🇮🇩
Sebelum dan sesudah :
👉 Sumber air misterius muncul tiba tiba di Rowoyoso Pekalongan warga berduyun duyun ambil air karena dianggap air bawa berkah.
👉 Ternyata air dari kebocoran Pamsimas ( program penyediaan air minum dan sanitasi berbasis masyarakat ) yang diperbaiki. pic.twitter.com/RAgHjdFFtC— 𝒪𝓂 𝒫𝒶𝒾 (@Pai_C1) April 20, 2025
Berita mengenai ‘air ajaib’ juga turut diketahui oleh penduduk dari kampung lain, mereka juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan ‘berkat’ daripada mata air itu.
Rupanya air dari paip bocor
Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset selepas Perusahaan Daerah Air Minum Indonesia (PDAM) mengatakan bahawa air yang mengalir itu berpunca daripada kebocoran saluran paip.
@infinity.feeds Warga Pekalongan di desa Rowoyoso sempat heboh karena muncul mata air ajaib Ternyata setelah dicek… itu cuma pipa PDAM yang bocor. Yang bawa galon katanya udah ikhlas. infinityfeeds pekalongan mataair pipaPDAM
Ketua Unit PDAM Wonokerto, Misran mengesahkan, aliran air di kawasan itu tidak normal sejak kebelakangan ini dan disyaki berlaku kebocoran.
“Kami pastikan dahulu sama ada air itu dari saluran yang bocor. Bila kami tutup dari pusatnya, aliran air itu pun berhenti,” katanya.
Lokasi di kawasan mata air itu mulai lengang selepas penduduk diberitahu sumber ‘air ajaib’ tersebut disahkan sebagai saluran paip PDAM yang bocor.
Sumber: Sinar Harian