in

“Pendapatan saya dah cukup” – Lembaga Zakat Selangor Dikejutkan Dengan Kejujuran Bekas Asnaf

Untitled Design 2022 05 12T171438.869

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejujuran ialah salah sebuah sifat yang sangat mulia dan dipuji, semestinya ia perlu ada dalam diri setiap manusia.

Bercakap mengenai kejujuran, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memuji tindakan jujur seorang individu yang menulis surat kepada badan kerajaan tersebut, di mana dia ingin menghentikan bantuan yang diterima kerana kewangannya sudah stabil.


LZS memuat naik perkara tersebut dalam laman Twitter mereka dan difahamkan surat tersebut ditulis sendiri oleh indvidu berkenaan yang menyatakan ada yang lebih layak daripada dirinya untuk menerima bantuan terbabit.

Dalam posting LZS di Facebook pula, difahamkan individu tersebut sebelum ini bekerja sebagai pembaiki barangan elektronik yang berpendapatan sekitar RM 1,300 dan menanggung 3 orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja.

“Seperti biasa, Zakat Selangor akan membuat semakan semula setiap tahun untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan, sama ada perlu buat penambahan bantuan terhadap mereka sekeluarga atau tidak.

Tapi alangkah terkejut kami, apabila dimaklumkan sendiri oleh beliau bahawa beliau ingin keluar daripada Zakat Selangor kerana beliau sudah stabil dan menyatakan ada yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau.” tulisnya.

Sebelum ini, individu berkenaan terpaksa memohon zakat atas faktor kesihatannya dan perlu menjalani pembedahan esofagus yang memerlukan dia berehat daripada bekerja atas nasihat doktor.

Jujur betul, semoga sentiasa murah rezeki!

Baca:[VIDEO] Dulu Naik Motor, Wanita Bersyukur Akhirnya Dapat Beli Kancil Guna Duit KWSP 

Untitled Design 2022 05 12T171043.184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.