Waktu pandemik Covid-19 ni banyak premis yang tidak dapat beroperasi bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya ini. Namun, ada juga premis yang dibenarkan untuk beroperasi tapi dengan syarat tertentu.
Macam dekat United Kingdom, pendandan rambut diarahkan untuk tidak berbual dengan pelanggan jika mereka berharap untuk beroperasi semula pada bulan hadapan, lapor Mstar.
Biasa kalau kita pergi kedai gunting rambut mesti barber ajak borak supaya hilang rasa bosan kan?
Tapi kali ini, mereka tidak digalakkan untuk berbuat demikian sewaktu mendandan rambut pelanggan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Kalau mereka nak beroperasi juga, mereka perlu mengamalkan ‘peraturan senyap’.
Persekutuan Rambut dan Kecantikan Kebangsaan (NHBF) menasihatkan supaya semua anggotanya untuk mengurangkan perbualan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.
Dalam pada itu, perseketuan berkenaan menggesa supaya kerajaan itu segera membuat garis panduan penuh kerana pihak salun memerlukan masa untuk membuat persiapan sekurang-kurangnya dua minggu.
Sekarang dah tak boleh nak borak-borak ye…
Baca : “Dah macam doktor dah” – Tukang Gunting Rambut di India Pakai PPE Untuk Potong Rambut Pelanggan