in

Pendaki Dari Malaysia Terkorban Dalam Gempa Bumi di Lombok

ismawida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempa bumi 6.4 magnitud yang melanda Pulau Lombok semalam (29 Julai) telah mengorbankan 14 orang pelancong dengan salah satunya ialah seorang pendaki wanita dari Malaysia.

Menurut MMO, Siti Nur Ismawida, 30 yang meninggal dunia awal pagi semalam ialah seorang pendaki gunung yang gemar dengan aktiviti lasak dan dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur bersama 16 rakyat Malaysia yang lain.


20180730 Siti Nur Ismawida
Sumber: MMO

Rakan mangsa, Haziq Wafiy berkata, mangsa dilaporkan cedera parah lepas rumah tumpangan yang mereka duduki runtuh dan mangsa dihempap tembok. Allahuu…

“Mangsa cedera parah selepas rumah tumpangan yang kami duduki di Sembalun runtuh dan dihempap tembok.

“Dia meminta tolong dengan suara yang lemah dan tidak sedarkan diri apabila dikeluarkan dari tempat kejadian. Dalam perjalanan ke Klinik Desa Lombok Timur, dia sedar semula dan masih ada reaksi,” kata Haziq.

37872593 145509476338386 7959845761347223552 n
Sumber: Facebook
37966896 145509553005045 7458377487379070976 n
Sumber: Facebook

Namun apabila mangsa tiba di klinik desa, dia disahkan telah meninggal dunia semasa doktor memberi rawatan dalam jam 8 pagi.

Rata-rata rakan kepada Siti Nur Ismawida menyifatkan mangsa sebagai seorang sahabat yang baik dan pejuang belia yang sejati.

“Saya masih ingat dia beritahu saya yang dia dah mendaki ke tempat macam Kemensah, Johor dan macam-macam tempat lagi. Dia memang suka dengan gunung dan selalu bersemangat untuk meneroka tempat baru,” cerita Sara Kamarudin yang telah bersahabat dengan mangsa hampir 10 tahun.

71532856651 tbmangsagempabumi
Sumber: Astro AWANI

Pemergian Siti Nur Ismawida juga dianggap satu kehilangan besar kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) kerana dia juga merupakan Sukarelawan Belia Berkemahiran MBM yang banyak bantu belia yang tercicir dalam pelajaran.

“Saya menyifatkan belia berkemahiran kehilangan seorang pejuang yang mempunyai hati yang cukup ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko,” kata Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan.

37946390 1905715932818751 7192898832894525440 n
Sumber: Facebook

Dalam pada tu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan membawa jenazah mangsa pulang dengan secepatnya ke tanah air. Siti Nur Ismawida merupakan ahli PKR yang menetap di Desa Pandan dan telah berkahwin namun belum dikurniakan zuriat.

Harap semuanya dipermudahkan. Takziah dan semoga keluarga mangsa bertabah dengan dugaan yang menimpa. 

Baca: “Ingat angin kuat, rupanya…” – Pendaki Kongsi Detik Cemas Gempa Bumi di Gunung Kinabalu

gempa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.