in

Penculikan Chowchilla 1976: Kisah Bagaimana 26 Pelajar Sekolah Terselamat Meski Ditanam Hidup-Hidup

Chowchilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu bapa mana yang tak luluh bila dapat tahu anak mereka menjadi mangsa jenayah penculikan.

Demi melangsaikan hutang, tiga orang lelaki sanggup mencuri sebuah bas sekolah yang membawa 26 pelajar sekolah dalam perjalanan pulang dari lawatan musim panas. Tidak cukup dengan itu, kesemua mangsa dan pemandu bas kemudiannya dikurung dan ditanam hidup-hidup di dalam sebuah van.


Bagaimanapun, kisah ini berakhir dengan kegembiraan kerana kesemua mangsa terselamat hasil usaha pemandu bas dan seorang pelajar paling tua dalam golongan itu.

Kronologi kes

victims of chowchilla kidnapping e1658645966179

Dikenali sebagai Penculikan Chowchilla, insiden yang berlaku pada 15 Julai 1976 ini membabitkan 26 pelajar berusia lingkungan lima hingga 14 tahun dan pemandu bas berusia 55 tahun, Frank Edward Ray atau lebih dikenali sebagai Ed.

Sekitar jam empat petang, Ed difahamkan dalam perjalanan membawa pulang pelajar-pelajar terbabit dari sebuah kolam renang awam. Ketika melalui satu jalan di Madera County, California, bas terbabit dan kesemua penumpang di dalamnya termasuk pemandu bas dilaporkan hilang secara tiba-tiba.

Bas terbabit kemudiannya ditemukan di dalam sebuah parit sembilan batu dari bandar utama dan sengaja ditutupi dengan buluh bagi mengaburi mata orang ramai. Namun, kesemua mangsa masih gagal dikesan.

Menurut salah seorang mangsa, mereka telah diculik dua orang lelaki yang memakai pantyhose di muka mereka sambil bersenjatakan senapang patah. Seorang lagi anggota mereka pula mengekori dari belakang bas mereka dengan menggunakan sebuah van berwarna putih.

bus buried at quarry e1658646055789

Kesemua mangsa kemudiannya dipaksa menaiki dua buah van lain. 11 jam kemudian, 19 orang pelajar perempuan, tujuh lelaki dan pemandu bas menggunakan tangga untuk turun memasuki sebuah kontena yang sudah ditanam separuh 12 kaki di dalam tanah di sebuah kuari.

interior of moving van

Meskipun kontena yang ditanam itu sudah dilengkapi kipas, tandas buatan sendiri, makanan dan minuman serta tilam, pemandu bas, Ed sedar dia dan kanak-kanak lain tidak akan bertahan lama susulan penculik mereka sudah menimbus kontena terbabit dengan tanah. Malah, bahagian bumbung kontena juga sudah melendut kerana berat tanah.

Selepas 16 jam tertanam hidup-hidup…

RAY1 obit superJumbo e1658646197862

Menurut seorang mangsa yang dikenali sebagai Hyde, 9, dia menceritakan bagaimana Ed dan seorang pelajar lelaki yang paling tua dalam kalangan mereka, Michael Mashall, 14, menjadi hero dalam saat genting terbabit selepas mereka tidak berhenti menggali sehingga kesemua mereka berjaya meninggalkan lokasi terbabit.

chowchilla michael marshall e1658646235695

“Saya ingat Ed kata, lebih baik kita semua mati cuba menyelamatkan diri daripada menunggu saja ajal menjemput. Dia (Ed) dan Michael berjaya capai bahagian atas kontena yang berpintu dengan menyusun tinggi tilam-tilam. 

Walaupun penculik ada letak pemberat supaya kami tak boleh keluar, entah macam mana Michael berjaya menggali sehingga kami mula nampak cahaya,” katanya dalam satu temu bual.

Selepas 16 jam ditanam hidup-hidup, kesemua 26 pelajar dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri masing-masing. Sebelum subuh menjelma pada 17 Julai 1976, kesemua mereka telah selamat kembali ke Chowchilla dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Semua suspek datang dari keluarga kaya

woods and schoenfelds e1658646272849

Hasil siasatan polis kemudiannya berjaya membawa kepada penahanan tiga orang suspek berusia lingkungan 20-an. Salah seorang daripada mereka, Fred Newhall Woods IV merupakan anak kepada pemilik kuari dimana mangsa-mangsa ditanam hidup-hidup.

Polis mengesyaki Fred selepas mereka menduga hanya mereka yang mempunyai akses tanpa had ke kuari itu sahaja yang boleh menanam sebuah kontena dan 27 orang tanpa menimbulkan keraguan ramai.

Polis juga telah berjaya menemukan senjata api yang digunakan dalam penculikan terbabit, nota tebusan dan pelan jenayah di estet milik keluarga Fred.

Sumber mendedahkan motif penculikan terbabit adalah kerana ketiga-tiga suspek, Fred dan pasangan adik beradik, James dan Richard Schoenfeld, anak kepada seorang pakar sakit kaki mahu meminta wang tebusan yang banyak bagi membayar hutang-hutang mereka.

Dalam satu pengakuan yang direkodkan semasa pendengaran parol pada tahun 2015, James Schoenfeld berkata, mereka sudah merancang penculikan terbabit setahun sebelumnya. Mereka juga telah melakukan pelbagai persediaan termasuklah mencipta kotak plumbum untuk menyimpan wang tebusan sekiranya pihak berkuasa meletakkan alat penjejak lokasi pada wang.

“Kami perlukan mangsa yang ramai untuk dapatkan beberapa juta dan kami memilih kanak-kanak sebagai mangsa sebab mereka lemah dan tak akan lawan balik. Selain itu, kami juga berkemungkinan besar akan dapat wang tebusan sebab risiko takkan diambil jika melibatkan kanak-kanak,” katanya.

Gagal sebab lama sangat tunggu untuk minta wang tebusan

19598718 7563189 image a 92 1570813452249 e1658646401239

Walaupun pelan ketiga-tiga suspek ini boleh dikatakan hampir sempurna, kegagalan mereka difahamkan berpunca daripada kesukaran mereka untuk menghubungi polis untuk meminta wang tebusan kerana terlalu banyak panggilan telefon diterima pihak berkuasa daripada ibu bapa mangsa yang panik.

Pelannya, suspek mahu tidur sekejap sebelum mencuba sekali lagi. Namun begitu, apabila mereka bangun saja dari tidur, berita sudah memaklumkan kesemua mangsa telah selamat ditemukan.

Sumber: ATI, City of Chowchilla

Baca: Tangisan Dari Kubur, Ingatkan ‘Hantu’ Rupanya Budak Yang Ditanam Hidup-Hidup

ghost e1658640744809

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.