Baru-baru ni, kisah Lufya dan suaminya Dr. Che Hafiz jadi perbualan hangat netizen lepas bekas peserta AF ini memuatnaik status di Instagram mengatakan yang dia telah dianiaya suaminya sejak 3 bulan lepas mereka berkahwin.
Walaupun Lufya tak menjelaskan dengan tepat apa bentuk penganiayaian yang dilakukan oleh suaminya ini, ramai netizen assume yang Che Hafiz ni sering pukul Lufya dek kerana dalam status di Instagram yang kini sudah dipadam, Lufya ada menyebut tentang badannya yang luka.
Luka kat badan tak sesakit luka dalam hati ni.”
Suami Lufya gay?
Namun, selepas status tersebut tular dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen, Lufya bertindak untuk memadam status tersebut dan menjelaskan yang dia sedih bila ramai orang spekulasi suaminya gay gara-gara status yang dia update sebelum ini serta untuk mengelakkan fitnah. Amboi, asal jambu sikit je laju korang cop gay.
Hati wanita jika dijaga, dibaja, disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal.”
Dicerai melalui WhatsApp
Hari ini pula, akhirnya suami Lufya, Dr. Che Hafiz membuka mulut tentang spekulasi yang melanda dirinya ini.
Menurut MHEtv, sejak minggu lepas, dia bukan lagi suami kepada Lufya. Cerai dah dilafazkan melalui WhatsApp selepas perbincangan untuk berbaik menemui jalan buntu.
Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya.”
“Permintaan tersebut diminta oleh Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.
“Biarlah kami saja yang tahu punca penceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan pada umum.
“Cukuplah ini saja penjelasan dari saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.
“Banyak hati yang perlu dijaga dan harapnya tak timbul spekulasi lain.”
Mungkin kita tak akan tahu apa sebenarnya maksud Lufya mengenai “penganiayaian” ni, tapi admin harap kedua belah pihak boleh berbaik walaupun dah tak bersama demi anak dorang Laana Haura yang hampir mencecah usia dua tahun tu.