in

“Penantian 11 tahun” – Pasangan Suami Isteri Menanti Zuriat Setelah Sekian Lama, Undang Sebak Netizen

syaz ft 2024 07 02T153546.760

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah pasangan berkahwin untuk mempunyai zuriat namun tidak semua mempunyai rezeki yang sama.

Terbaru, sepasang suami isteri berkongsi berita gembira mereka yang sudah 11 tahun menanti untuk dikurniakan cahaya mata.


Artikel berkaitan: Berjaya Dapatkan Kembar Walaupun Disahkan ‘Tak Subur’, Lelaki Saran Pasangan Buat ‘Fertility Test’

Artikel berkaitan: “Hadiah anniversary yang terindah” – Suami Isteri Sebak Akhirnya Dapat Zuriat Selepas 16 Tahun Menanti

Dalam perkongsian pengguna TikTok @lindajoe88, difahamkan dia dan suaminya menanti cahaya mata sudah sekian lama, selepas mengetahui dia hamil, si isteri itu membuat kejutan buat suaminya.

@lindajoe88

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ❤️ . Subhanallah Allahuakbar tarabakallah . Sesungguh bila Allah berkehendak Allah akan memberiNya tanpa kita duga. . Penantian cahaya mata selama 11 tahun. Anugerah yg terindah utk kami . Allah tahu waktu yg tepat utk memberi. . Linda doakan yg geng ttc sama dgn linda Allah kurniakan rezeki. Dan akan diberikan peluang dgn izin Allah. . SENJATA TERBESAR KITA DOA TAWAKAL IKHTIAR SABAR DAN REDHA.. BERDAMAI DENGAN TAKDIR KITA. InshaAllah ada benda yg baik Allah akan berikan. #ttcjourney #ttc11years #lindajoe #ljempire #trending #ttc #babyttc

♬ original sound – ??????????? – ???????????

“Subhanallah Allahuakbar tarabakallah, sesungguh bila Allah berkehendak Allah akan memberiNya tanpa kita duga.

Penantian cahaya mata selama 11 tahun. Anugerah yang terindah untuk kami, Allah tahu waktu yang tepat untuk memberi.

Linda doakan yang geng ttc sama dgn linda Allah kurniakan rezeki. Dan akan diberikan peluang dgn izin Allah,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, pengguna TikTok itu juga mendoakan agar mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat agar sentiasa tawakkal dan percaya pada rezeki.

“Saya pun menangis”

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pasangan itu daripada netizen malah ramai juga yang masih berharap untuk dikurniakan cahaya mata.

cats 2

Doa yang baik-baik untuk semua…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.