in

Penampilan Farid Kamil Pada Prosiding Cerai Tarik Perhatian, Siap Pakai Songkok Lilit Kain Putih

Farid Kamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan selebriti terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hari ini bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan perceraian mereka.

Diana, 33, dilihat tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9.19 pagi dengan persalinan jubah hitam dan ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang berharap prosiding hari ini berjalan lancar.


Menurutnya, prosiding hari ini diteruskan dengan rujuk dan akan disusuli dengan proses cerai.

Artikel berkaitan: Diana Danielle Perjelas Sebab ‘Membisu’ Tinggalkan Mahkamah, Anggap Tiada Faedah Ulas Isu Cerai

Artikel berkaitan: Tiada Persefahaman & Syiqaq Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Perceraian – Peguam

Penampilan Farid Kamil curi perhatian 

Dalam pada itu, Farid, 43, pula dilihat tiba di mahkamah beberapa minit selepas Diana dengan diiringi peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid yang hadir mengenakan baju kurta berwarna putih dan songkok hitam yang dililit kain putih itu hanya diam dan tersenyum kepada pihak media yang bertanya pelbagai soalan.

Semoga yang baik-baik sahaja hari ini, InsyaAllah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Penampian Farid itu telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang sedikit keliru dan berpendapat ia seakan-akan pakaian berkabung bagi golongan kerabat yang meninggal dunia.

Pencerahan

Mahkamah sahkan rujuk Farid dan Diana 

Dalam pada itu, sebentar tadi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan rujuk yang dibuat pelakon Farid Kamil terhadap isterinya, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.

Datuk Akberdin selaku peguam mewakili Diana berkata, Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengesahkan perkara itu selepas menerima permohonan rujuk yang dibuat aktres berkenaan.

Diana Senyum 1536X864 1

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu mahkamah turut mengarahkan Farid dan Diana mendapatkan sijil perakuan rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selepas sijil diperoleh, barulah pasangan ini boleh meneruskan cerai yang ditetapkan pada 2 Disember ini.

Diana dalam pada itu berkata, dia tersenyum pada hari ini bukanlah kerana gembira namun sekadar senyuman kepada rakan media.

Ini bukan momen yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan salah faham,” katanya.

Apa-apapun kita doa yang terbaik buat mereka. 

Sumber: mStar, Instagram

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.