in

Pemuzik Jalanan Dituduh Ajar Isteri Ajaran Sesat Millah Abraham, Kena Penjara Sebulan

Syaz Ft 2024 07 12T121321.839

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajaran sesat Millah Abraham mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 , ajaran ini mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah.

Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan menurut mereka, kerajaan Millah Abrahim @ Ibrahim akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul yang baharu (Ahmad Musadeq).


Artikel berkaitan: Pablo Amirul ‘Expose’ Ajaran Sesat, Kekasih Pula ‘Disailang’ Ahli Politik?

Artikel berkaitan: “Campur adukkan ajaran Al-Quran, Bible & Taurat” – Bahaya Ajaran Sesat Millah Abraham Di Malaysia

Terbaru, seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah semalam atas pertuduhan mengajar ajaran sesat itu kepada isterinya.

Norasid Md Said dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut, mahkamah turut memerintahkan tambahan hukuman penjara sebulan lagi sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda terbabit.

51720698458 Tbajaransesat

Difahamkan, tertuduh didapati telah mengajar ajaran yang berlawanan dengan hukum syarak itu kepada isterinya yang berusia 51 tahun itu dengan menyatakan ‘selepas kewafatan Nabi Muhammad akan muncul Rasul baru’.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah Felda Palong 3, Gemas di Tampin antara 1 September hingga 30 September 2023.

Susulan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, pindaan 2019 dan sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.