Berita penghijrahan ibu kepada seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Muka Gangster baru-baru ini telah mengundang sebak dan syukur buat netizen yang beragama Islam.
Setelah tujuh tahun Muhammad Mikhael Sathayah memeluk Islam, dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya pula menerima hidayah untuk memeluk agama Islam.
Menerusi video yang dimuat naik, Mikhael berkongsi momen ketika ibunya mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah dan berkata ia terasa seperti mimpi.

Artikel berkaitan: “Alhamdulillah” – Pempengaruh Muka Gangster Muat Naik Video Dedah Ibu Kini Sudah Peluk Islam
“Syukur Alhamdulillah akhirnya mak masuk Islam, rasa macam mimpi saat ini. Tujuh tahun mualaf, tak pernah berani nak ajak mak (masuk Islam).
“Pengorbanan mak besar sangat ketika saya mencari jiwa. Mak benarkan saya masuk Islam. Terima kasih mak jadi seorang ibu yang hanya nak lihat anaknya bahagia.”
Katanya, dia begitu berharap ibunya terbuka hati untuk menjadi seorang Muslim. Malah, Mikhael tidak putus berdoa agar wanita itu diberi hidayah untuk menerima Islam ketika di Tanah Suci.

“Hanya mampu berdoa ketika di umrah 12 hari. Doa, “Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibuku. Bukalah pintu hatinya.”
“Mak, saya nak mak sentiasa bersama saya. Walaupun di luar nampak bahagia dan gembira di lubuk hati itu sentiasa mendoakan hidayah mak,” luahnya.
Rasa bimbang bila ibu kurang sihat
Menurut Mikhael, keputusan bonda tercintanya untuk berhijrah bermula ketika wanita itu jatuh sakit.
Disebabkan rasa bimbang dan tidak mahu kehilangan ibunya, Mikhael memberanikan diri untuk mengajak ibunya memeluk Islam.

Tidak disangka, urusannya dipermudahkan apabila ibunya bersetuju untuk melafazkan dua kalimah syahadah. Malah, proses yang dijangka memakan masa tiga bulan berlaku dalam masa sehari.
“Rasa macam semuanya berjalan dengan sendiri. Hidayah Allah SWT memang hebat. Tak sangka begitu mudah Allah SWT berikan hidayah kepada mak.”
@mukagangster Selamat Kembali kepada fitrah Puan Maimunah Sathayah Binti Muniandy @Mak Titew . Hidayah sesungguhnya Milik Allah @Gangster Pink @Mikhael Sathayah #mukagangster #ipohperak #fyp #wifetitew #mikhael
Dalam pada itu, Mikhael juga bersyukur kerana dia dianugerahkan dengan kehadiran isteri yang sangat menyayangi ibunya.
“Terima kasih mak. Sekarang kita dah bersama, bertiga. Terima kasih, pengorbanan mak sangat besar. Selamat kembali kepada fitrah,” kongsinya.
Sumber: TikTok
