in

Pemilik Rumah Kongsi Luahan Pernah Dapat Penyewa Pelajar IPT Dari ‘Neraka’ Sampai Trauma!

cwds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan pelajar IPT yang sukar untuk mencari penempatan rumah sewa berdekatan dengan universiti masing-masing atas sebab ditolak permohonan untuk tinggal di kolej.

Hal ini disebabkan kebanyakan pemilik rumah tidak mahu untuk memberi sewaan kepada pelajar-pelajar kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat onar sehingga ada yang takut untuk berhadapan dengan pelajar IPT buat sekali lagi.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang pemilik rumah sewa yang berkongsi pengalaman dirinya memberi sewaan kepada pelajar IPT.

Pernah dapat penyewa pelajar IPT dari neraka sampai trauma!

Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Twitter mengenai seorang wanita selaku pemilik rumah yang berkongsi luahan mengenai perangai sebenar pelajar IPT selepas tempoh sewaan tamat.

https://www.facebook.com/dakota.dykia.7/posts/840272793636752

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu pernah membuka peluang kepada pelajar menyewa sebuah rumah apartment di Bangi dengan meletakkan harga sewa berpatutan dan deposit yang rendah.

“Deposit rendah, harga sewa murah, apartment pun fully furnished. Saya siap belikan tilam untuk penghuni.”

Malangnya, semua itu hanya sementara sahaja apabila dia terkejut apabila melihat rumahnya seperti ditiup angin ribut apabila hampir keseluruhan rumahnya rosak.

1 1

“Terduduk saya tengok rumah hancur. Seminggu saya dengan suami menyewa di hotel untuk ulang alik bersihkan lantai yg berdaki, bilik air berlumut kuning hijau. Mangkuk tandas nak saya cerita tak warnanya?

“Pintu kabinet dapur pecah diterajang penghuni. Bong untuk hisap syabu dijumpai. Kotak rokok, kondom, spenda reput…semua berterabur di atas lantai ruang tamu. Yang menyewa ni anak-anak bangsa saya sendiri yang saya anggap sebagai anak.”

“Hampir terlupa, bil TNB tertunggak RM1.5k. Sapa yang bayar? Makcik kaki satu ni le. Budak-budak ni dah lebuh lari (deposit tak boleh cover pun).”

Kali kedua beri sewaan siap panggil peguam untuk surat perjanjian

Dia juga seakan tidak serik lagi dan mencuba nasibnya dengan memberi sewaan kepada pelajar buat kali kedua. Tetapi, kali ini dia memanggil peguam semasa menandatangani perjanjian rumah sewa itu.

Namun, perkara yang sama telah terjadi, keadaan rumah masih sama seperti sebelum ini sehingga difahamkan pemilik rumah tersebut demam habis membersihkan rumah yang tunggang terbalik.

“Demam2 saya dan suami mengemas rumah yang tunggang terbalik. Sampah tak dibuang, sinki berkerak, bilik air macam uwerkkk..Budak2 ni desak saya pulangkan duit deposit. Merayu cakap mereka datang dari keluarga yg susah dan perlukan du

“Saya kata, tenancy agreement tu dibuat dengan kehadiran peguam. Malang sekali budak2 ni yang langgar peraturan yang tertulis dalam perjanjian. Jadi, saya tak pulangkan duit deposit tu sebab saya perlu baikpulih kerosakan yang nilainya beribu.”

Pemilik rumah sewa serik nak bagi sewaan lagi pada pelajar, minta ibu bapa periksa keadaan rumah

Di akhir penulisan, wanita tersebut mengatakan bahawa rata-rata pemilik rumah sekarang ini dah takut nak menyewakan premis kepada pelajar. Dia juga meminta ibu bapa untuk sentiasa memeriksa keadaan rumah sewa anak-anak secara berkala.

“Sebagai parents pula, mungkin anda perlu buat home visit ke rumah sewa anak2 bagi memastikan rumah yg disewa tidak rosak hancur dikerjakan. Ajar anak2 menghormati harta benda orang lain walaupun sewa dibayar.”

“Kepada students yang masih mencari-cari rumah sewa, aunty just boleh cakap goodluck. Salahkan senior2 hangpa yang meninggalkan trauma kepada pemilik2 rumah ni.”

Apa-apapun tuan rumah ada hak untuk menolak sewaan kepada sesiapapun..Pelajar yang sedang menyewa tu harap beringatlah ye kerana segala perbuatan kita mempunyai impak kepada sesuatu pihak.

Baca: Hangat Isu Rumah Sewa, UiTM Tubuh Jawatankuasa Bantu Pelajar Cari Penempatan

Screenshot 2022 09 20 at 4.47.29 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.