in

Pemilik Kedai Makan Dikecam, Letak Kerusi Meja Di Kawasan Parkir

kedai makan parkir kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan pengusaha kedai makan meletakkan kerusi dan meja di kawasan parkir nampaknya tiada kesudahan dan isu ini sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Baru-baru ini tular mengenai tindakan pemilik sebuah kedai makan di Chow Kit meletakkan kerusi dan meja tambahan di kawasan parkir sehingga menghalang sebuah kereta telah mengundang kecaman orang ramai.


Bukan itu sahaja, kereta Myvi yang dihalang itu juga turut diletakkan kerusi di atas bumbung kereta. Difahamkan, pemilik Myvi tersebut mendakwa keretanya telah calar mungkin disebabkan perbuatan khianat pihak kedai.

329415835 668968664978434 2802257609861276300 n

Susulan itu, pemilik kereta dikatakan akan membuat laporan polis dan juga membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung isu yang berlaku tersebut.

Perkongsian hantaran gambar di Group B40 Buat Perangai Apa Harini telah meraih pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai makan yang memacak khemah di luar kawasan kedai dan meletakkan kerusi di atas kereta tersebut serta meletakkan meja makan di kawasan parkir.

Screenshot 20230207 123447

Kalau sekalipun ruang restoran itu sempit atau sering dikunjungi ramai pelanggan, cubalah tak mementingkan diri sendiri.

Baca: Pasang ‘Awning’ Terus Dapat ‘Parking’, Individu ‘Renovate’ Rumah Flat Jadi Bualan Netizen

ft rumah awning cop parking

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.