in

Pemilik Kedai Gantung Tisu Tinggi Di Siling Jadi Perhatian Ramai

f3 gantung tisu di kedai makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tisu sering diletakkan di atas meja di kedai-kedai makan untuk memudahkan pelanggan restoran bersihkan mulut selepas selesai makan. Kalau tak letak atas meja makan, selalunya pemilik kedai akan letak tisu di atas kaunter bayaran jika kedai itu mengamalkan perkhidmatan layan diri. 

Namun, lain pula cara sebuah kedai makan di Tanjung Sedeli, Johor ini apabila tisu telah digantung tinggi di siling kedai.


Kedudukan tisu di tempat tinggi itu telah sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai mizzatiee sebelum ia menjadi perhatian ramai warganet yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan pemilik kedai makan terbabit.

@sirapselasihpandan

Hm pakcik #fyp #tiktokmalaysia #cucusulungatok

♬ nyonyonyonynynyyno – DANNY ⚡️

Artikel Berkaitan: “Bukan hidangan Barat” – TikToker Mat Salleh Dedah ‘Chicken Chop’ Adalah Ciptaan Malaysia

Artikel Berkaitan: “Tiada yang jatuh sakit” – Sup Unik Kedai Di Thailand, Direneh Lebih 45 Tahun Tak Pernah Buang

Dalam video TikTok tersebut, dapat dilihat tisu dalam plastik kuning itu digantung di kayu siling keddai makan itu.

Jadi, hanya individu yang cukup tinggi sahaja yang boleh ambil tisu terbabit. Manakala untuk orang yang tak berapa tinggi atau pendek pula nampaknya kena minta tolong individu yang tinggi untuk dapatkan tisu tersebut.

Tisu tersebut pula merupakan tisu yang viral di TikTok sekarang ni sebab ramai yang beli tisu yang sama di aplikasi tersebut untuk kegunaan rumah sebab plastik tisu itu boleh digantung dan tisu pula boleh ditarik keluar dari bahagian bawah. Jadi, memang mudah nak simpan dan guna. 

8 1

Rata-rata warganet yang melihat tisu itu digantung tinggi terhibur dengan pemilihan lokasi untuk letak tisu oleh pemilik kedai.

Ada juga yang berpendapat mungkin pemilik kedai sengaja berbuat demikian untuk mengelakkan pembaziran tisu oleh pelanggan cilik.

Betul jugak tu kan..

Sumber: TikTok @sirapselasihpandan, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.