Seorang ibu kepada dua anak berdepan denda £20,000 (bersamaan kira-kira RM 109,000) kerana mengecat pintu depan rumahnya berwarna merah jambu .
Miranda Dickson telah mengupah tukang cat profesional untuk mengecat pintu rumahnya sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian rumah yang diwarisi dari ibu bapanya sejak 2019.
Menurut laporan Daily Mail UK, keputusan Dickson untuk mengecat pintu rumahnya dengan warna merah jambu walau bagaimanapun telah mendapat tentangan dari pihak Majlis Bandaraya Edinburgh. Pihak majlis bandaraya menegaskan pintu-pintu rumah diwarnakan dengan warna putih bagi penyeragaman dibawah peraturan Tapak Warisan Dunia di Edinburgh.
Dickson percaya aduan itu berniat pilih kasih kerana jalan di rumahnya di Drummond Place, dipenuhi dengan pintu depan berwarna terang. Beliau juga membandingkannya dengan bandar-bandar lain seperti Notting Hill, Bristol dan Harrogate yang mempunyai pintu rumah berwarna terang.
Pulang ke rumah dan melihat pintu depan berwarna merah jambu memberi saya kegembiraan, saya bangga dengannya”
Memandangkan pihak Majlis Bandaraya Edinburgh telah membantah, Dickson berdepan denda £2,000 (bersamaan kira-kira RM 10,900) melainkan dia menanggalkan warna pintu yang tidak diluluskan itu. Beliau kemudian boleh dikenakan denda £20,000 (bersamaan kira-kira RM 109,000) jika dia didakwa dengan kesalahan melanggar peraturan di kawasan pemuliharaan.
Baca: Lelaki Ini Ambil Masa 2 Tahun Untuk Renovate Menara Tangki Air Jadi Rumah Mewah 4 Bilik