in

Pembunuhan, Serangan Seksual & Penipuan Besar, Ini 5 Selebriti Yang Terima Hukuman Penjara Yang Lama

Collage 18

Bila bercakap tentang selebriti, kita mesti bayangkan kehidupan dorang yang mewah dengan pakaian yang cantik ketika di atas karpet merah, bakat mereka yang luar biasa serta penampilan mereka.

Namun begitu, di sebalik dunia glamor ini, segelintir dari selebriti terkenal telah terjerumus dalam lembah hitam sehingga menjatuhkan diri mereka sendiri. Dari pembunuhan, serangan seksual dan penipuan besar, selebriti-selebriti ini telah menukarkan kehidupan mewah mereka dengan penjara dengan menerima hukuman penjara yang panjang untuk jenayah yang dilakukan.

Artikel berkaitan: “Beli mahal tapi tak boleh bayar” – 5 Selebriti Ni Tak Mampu Bayar Rumah Mewah Sampai Kena Sita!

Artikel berkaitan: “Rumah ke resort?” – Ini 9 Selebriti Dengan Kediaman Paling Mahal

1. Danny Masterson

Penjara

Danny Masterson dikenali dengan peranannya memainkan watak Steven Hyde dalam satu sitkom bertajuk That 70’s Show dari tahun 1998 hingga 2006 bersama pelakon Ashton Kutcher.

Pada tahun 2017, Jabatan Polis Los Angeles telah menjalankan siasatan serangan seksual ke atas Danny selepas tiga orang wanita tampil dengan pertuduhan ke atasnya. Untuk setiap kes ini, semuanya dikatakan berlaku di rumah Danny di antara tahun 2001 ke 2003.

Menurut tiga wanita ini, Danny telah memberikan mereka alkohol dan bila mereka mula mabuk, dia membawa mereka ke dalam bilik tidur sebelum merogol mereka dengan ganas. Danny yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan ini telah ditahan atas tiga tuduhan rogol secara paksa pada tahun 2021.

Perbicaraan pertama yang berakhir pada tahun 2022 telah diakhiri dengan pergantungan juri, kemudian tahun berikutnya perbicaraan semula telah dijalankan sehingga pelakon ini didapati bersalah untuk dua dari tiga pertuduhan merogol.

Danny telah dijatuhkan hukuman 30 tahun ke seumur hidup dengan pengampunan paling awal boleh dimohon selepas menjalani hukuman penjara selama 25 dan 1/2 tahun. Dia kini dipenjarakan di Koloni Lelaki California di San Luis Obispo, kira-kira separuh jalan antara San Francisco dan Los Angeles.

2. Ryan Grantham

Ryan Grantham merupakan seorang pelakon kanak-kanak berjaya yang terkenal dengan wataknya sebagai Rodney Hames di dalam filem Diary of a Wimpy Kid. 

Pada 31 Mac 2020, ketika Ryan berusia 21 tahun, lelaki ini telah membunuh ibunya sendiri dengan menembak belakang kepala ibunya ketika wanita tersebut sedang bermain piano di rumahnya.

Ryan kemudiannya telah masukkan senjata peluru ke dalam keretanya dan mula memandu ke arah timur dan bercadang untuk membunuh Perdana Menteri Justin Trudeau. Dia bagaimanapun telah menukar fikirannya dan mula merancang untuk membuat tembakan besar-besaran di universitinya iaitu Universiti Simon Fraser sebelum kemudiannya membuat keputusan untuk menyerah diri.

Menurut peguam, Ryan telah pun diperiksa oleh dua psikiatri yang dilantik oleh mahkamah dan kedua-dua mereka bersetuju bahawa ketika jenayah ini dilakukan, Ryan telah mengalami gangguan kemurungan dan di bawah pengaruh kanabis dan lain-lain.

Ryan telah mengaku bersalah atas pembunuhan tanpa niat dan ketika hukuman ke atasnya dibacakan, dia telah berjanji untuk menghabiskan masanya dengan memperbaiki dirinya serta membantu orang lain. Ryan boleh memohon pengampunan pada 2036 selepas menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.

3. Mel Hall

Hall7

Pada tahun 1981, Mel Hall telah berjaya memasuki liga besar dengan pasukan Chicago Cubs ketika usianya baru sahaja 20 tahun. Dia telah bermain sebanyak 13 musim temasuk 4 musim bersama New York Yankees dan bersara dengan 134 home runs.

Pada tahun 1989, ketika tahun pertama dia bersama Yankees, Mel telah perasan seorang gadis berusia 15 tahun bersama rakan-rakannya berdiri menyaksikan dia bermain. Ketika perlawanan tersebut, Mel telah berpura-pura seperti dia mahu lontarkan bola kepada gadis tersebut sehingga bapa gadis ini mencadangkan agar dia menulis surat meminta bola yang telah ditandatangani oleh atlet ini.

Mengejutkan, selepas surat tersebut dihantar, Mel telah membuat panggilan ke rumah gadis tersebut dan mengajak keluarganya untuk pergi ke perlawanan seterusnya. Tak lama kemudian, Mel mula merapatkan diri dengan keluarga tersebut menggunakan alasan yang dia sunyi kerana masih baru dalam pasukan tersebut.

Mel kemudiannya mula muncul di rumah mereka selepas perlawanan dan keluar dengan gadis tersebut. Dia juga membantu keluarga ini dari segi kewangan dan mula berpindah masuk ke rumah tersebut.

Lelaki ini mula menjalinkan hubungan dengan gadis tersebut dengan keizinan dari ibu bapa gadis itu malah telah berpindah masuk ke bilik tidur utama. Hubungan mereka telah diteruskan selama bertahun-tahun sehingga gadis tersebut berusia 19 tahun dan memutuskan hubungan mereka serta memulakan kehidupan baru.

Apabila Mel bersara, dia telah menjadi jurulatih pasukan gadis muda untuk bola keranjang dan bola lisut dan buat perkara yang sama iaitu mendapat kepercayaan keluarga gadis yang dia suka, kemudian berpindah masuk ke dalam rumah mereka dan melakukan gangguan seksual ke atas gadis-gadis yang dilatihnya.

Kemudian, pada tahun 2007, dua dari mangsanya telah bertemu di dalam talian dan membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Mel telah ditahan dan didapati bersalah ke atas tiga pertuduhan serangan seksual ke atas kanak-kanak dan dua pertuduhan perlakuan tak senonoh ke atas kanak-kanak.

Dia telah menerima hukuman penjara 45 tahun dan tak berpeluang untuk memohon pengampunan selama 22 tahun dan 4 bulan.

4. Amy Locane

Gpsj0Nwayaavgk .Jpg Large

Amy Locane merupakan pelakon baru yang memulakan kerjayanya pada awal 90-an dengan berlakon bersama Johnny Depp dalam filem Cry-Baby. Selain itu dia juga telah berlakon dalam filem Blue Sky sehingga mendapat pencalonan dalam Anugerah Artis Muda sebelum kemudiannya bersama dari lakonan untuk membesarkan keluarganya.

Pada 27 Jun 2010, Amy telah memandu dengan kelajuan 85 km/j di kawasan berkelajuan maksima 56 km/j apabila dia telah melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh Fred Seeman yang sedang membelok ke kiri untuk masuk ke dalam rumahnya.

Ekoran ini, isteri Fred, Helene seorang profesor di NYU telah terbunuh di dalam kemalangan tersebut. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, Amy yang telah minum alkohol di rumah kawannya ditemui dengan paras alkohol sebanyak .23 iaitu tiga kali lebih banyak dari kadar yang dibenarkan.

Amy kemudiannya telah dituduh atas kesalahan membunuh tanpa niat dan serangan menggunakan automobil dan menerima hukuman penjara hanya tiga tahun iaitu dua tahun kurang dari hukuman minimum untuk kesalahan ini.

Amy yang kemudiannya telah menyertai Alcoholic Anonymous selepas kemalangan itu kini telah pun bebas dari alkohol dan menjalani hukuman penjara tiga tahun sebelum diberi pengampunan pada 12 Jun 2015.

Namun begitu, Mahkamah Rayuan mendapati hukuman asal yang diterima oleh Amy terlalu ringan dan memberi hukuman semula iaitu penjara selama lapan tahun pada 17 September 2020. Amy kini sedang dipenjarakan di New Jersey dan boleh memohon parol pada 20 Disember 2024.

5. Jen Shah

75

Jen Shah dikenali selepas membintangi rancangan realiti TV The Real Housewives of Salt Lake City selama tiga musim.

Namun pada Mac 2021, Jen telah didakwa melakukan konspirasi pengubahan wang haram dan penipuan pemindahan wang. Dia dan pembantunya telah dituduh membuat scam telemarketer di mana mereka dikatakan telah menipu mangsa warga emas untuk memberikan duit yang banyak dengan memberikan perkhidmatan seperti pembinaan laman web atau mengajar selok belok perniagaan.

Menurut salah seorang pesara berusia 75 tahun dari North Carolina, dia telah melaburkan lebih separuh dari simpanannya untuk belajar tentang perniagaan. Seorang lagi mangsa iaitu bekas askar Perang Dunia Kedua telah ditipu sebanyak US$100,000 dan membunuh dirinya di usia 92 tahun.

Menurut memo hukuman dari pendakwaraya, Jen sering membuat lawak tentang penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsanya serta kebolehan pekerjanya untuk menipu mereka.

Beberapa mesej juga telah didedahkan di antara Jen dan pekerjanya membincangkan bagaimana cara untuk terus menipu mangsa-mangsanya supaya mereka keluarkan lebih banyak duit.

Jen pada awalnya telah mengaku tidak bersalah sebelum akhirnya mengaku bersalah atas kesalahan pemindahan wang dan dihukum penjara selama 6½ tahun dan kini dipenjarakan di Texas dan hanya boleh memohon parol pada Ogos 2028 nanti.

Sumber: Buzzfeed